Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

258,943 rakyat Sabah belum daftar sebagai pemilih: SPR

8th June, 2012

KOTA KINABALU: Seramai 258,943 rakyat Sabah berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, secara keseluruhannya seramai 1,205,581 rakyat negeri ini layak mengundi tetapi hanya 946,638 yang berdaftar.

“SPR menganggap jumlah ini besar, walaupun tidak seramai negeri-negeri lain. Oleh itu saya menyeru kepada mereka yang belum mendaftar supaya mendaftar segera.

“Jangan risau bila pilihan raya akan diadakan, apa yang penting ialah mendaftar agar dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perjumpaan dengan wakil parti politik negeri Sabah mengenai Pasukan Penguat- kuasa Kempen Pilihan Raya (PP- KPR), di Pacific Sutera Harbour, di sini, kelmarin.

Perjumpaan itu dihadiri oleh pemimpin semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan parti-parti pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Reformasi Negeri (STAR), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Turut hadir Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah Datuk Hj.Md Idris Ismail dan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Jamdin Buyong.

Wan Ahmad turut mengingatkan para pemilih yang sudah berdaftar supaya menyemak semula nama dan pusat mengundi.

“Semakan daftar pemilih di negeri ini boleh dilakukan selama sebulan iaitu bermula sejak 1 Jun lepas melalui khidmat pesanan ring- kas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNo Kad Pengenalan dan hantar ke nombor 15888 atau dengan menghubungi talian Pejabat SPR negeri iaitu 088-488 588,” katanya.

Beliau berkata, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) SPR menubuhkan 31 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi mewakili setiap kawasan Parlimen di negeri ini termasuk Labuan.

“Setiap kawasan Parlimen diwakili satu pasukan, manakala Kota Kinabalu dan Sandakan masing- masing mempunyai dua pasukan memandangkan kawasan itu luas dan jumlah pengundi yang ramai,” katanya.

Wan Ahmad berkata pasukan itu akan memantau semua aktiviti berkempen pada pilihan raya akan datang berkuatkuasa semasa tempoh rasmi berkempen.

“Pasukan ini boleh menurunkan atau menanggalkan poster atau alat-alat kempen yang mempamer- kan kenyataan fitnah, yang boleh memalukan calon, perkara yang menyentuh sensitiviti, hal peribadi, isu-isu perkauman, agama dan yang mencetuskan kemarahan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, setiap pasukan di- ketuai seorang pegawai SPR, dianggotai oleh polis berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil parti atau calon yang bertanding.

Berkenaan dengan perjumpaan bersama wakil-wakil parti politik di negeri ini, Wan Ahmad berkata ia adalah taklimat mengenai penguatkuasaan semasa kempen pilihan raya bagi memberi kefahaman kepada semua pemimpin parti mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa kempen pilihan raya.

“Kita hendak mengwujudkan situasi kempen yang harmoni, saling menghormati dan tidak mencetuskan permusuhan masyarakat untuk kebaikan rakyat.

“Apa-apa tindakan PP-KPR ada- lah saksama, adil dan tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.

Beliau berkata antara yang dilarang ketika memasuki pusat mengundi ialah gambar calon dan logo mana-mana parti.

“Mana-mana pengundi yang hendak masuk ke tempat mengundi dan memakai tudung, topi atau baju yang mengandungi simbol parti atau gambar calon tidak dibenarkan memasuki kawasan itu kerana ia dianggap berkempen,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline