Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Projik Skim Panaakan Vaig Tawau Fasa 3 pisosoomo opongo vuhan Kavahu diti |  SOGT id Kinamis, SAMUR id Sipitang minongukab 3,743 kosivatan pakalajaan |  PINONUGKUAN ID LAHAD DATU AU KOGOMPITAN ID KOPOKIONUAN "SULTAN SULU": MUSA |  Pelanggan Astro kini boleh tonton filem blockbuster melalui Astro Best, Astro First |  PPDNKK Labuan periksa 7,490 premis, 13 diambil tindakan |  Penduduk Mukim Dalit sambut baik projek naik taraf jalan |  Janil: Elak pembaran terbuka pada musim kemarau |  Penduduk diminta sabar, kerja bina Jalan Cecily dijangka siap awal Ogos depan |  Polis masih soal siasat remaja perempuan yang dakwa diculik |  Ketibaan pelancong ke Sabah meningkat 6.6 peratus: Masidi |  10 Mahkamah Anak Negeri akan dibina di seluruh Sabah RMK-10 |  TUNTUTAN KE ATAS SABAH TIDAK SAH |  K’jaan prihatin kebajikan penduduk Tg Batu dan Tg Labian, kata Musa |  Iran, South Korea, Australia through |  Ten days to Sukma | 
 BM

Penduduk digesa perangi wabak denggi: Jainab

7th June, 2012

KOTA KINABALU: Wabak denggi yang semakin membimbangkan tidak akan berkurangan tanpa penglibatan semua pihak khususnya penduduk di sesebuah kawasan.

Menyedari perkara itu dan bagi mewujudkan persekitaran yang sihat, penduduk Kampung Bangka Bangka, Karambunai di sini telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan pameran dan program gotong-royong.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, aktiviti seperti itu memang sering dilakukan di kawasan berkenaan dan kini ianya telah ditingkatkan berikutan peningkatan kes denggi.

Katanya, beliau gembira kerana penduduk kawasan perumahan itu sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti gotong-royong.

Jelasnya, peningkatan demam denggi ini mungkin lebih serius dalam jangka panjang sekiranya penduduk terus mengabaikan tanggungjawab menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah.

“Dengan kebimbangan peningkatan denggi yang berlaku pada masa ini, saya libat penyertaan penduduk lebih baik pada kali ini.

“Kalau boleh kami tidak mahu ada kes yang dilaporkan berlaku di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di Program Membasmi Nyamuk Aedes di Kampung Bangka Bangka, kelmarin.

Jainab yang juga Adun Karambunai memberitahu, penduduk perlulah meniti kberatkan aspek kebersihan dari dalam kediaman masing-masing terlebih dahulu kerana kebersihan kawasan bermula di situ.

Katanya, penduduk perlu memastikan rumah mereka bebas daripada sebarang potensi untuk pembiakan nyamuk.

“Ramai yang tidak sedar bahawa air yang bertakung walaupun sedikit sudah cukup untuk dijadikan tempat nyamuk aedes bertelur,” katanya.

“Inisiatif yang dilakukan ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memerangi wabak denggi.

“Kerjasama daripada masyarakat amatlah diperlukan bagi membanteras wabak berbahaya ini. Namun, apa yang paling penting adalah kesedaran sivik di kalangan orang ramai kerana tanpa sikap itu, isu persekitaran yang kotor tidak akan ada penghujungnya,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline