Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Rogol: Tukang kebun dipenjara 24 tahun, 15 sebatan

7th June, 2012

TAWAU: Seorang tukang kebun di Stesen Penyelidikan Jabatan Pertanian dihukum penjara 24 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku salah atas tiga tuduhan merogol remaja bawah umur.

Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Rasly Rahman @ Rahmal, 47, selepas mengaku merogol remaja berusia 13 tahun sebanyak tiga kali pada tahun lepas.

Lelaki berstatus duda itu dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta lapan tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua dan ketiga bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman berjalan secara serentak mula tarikh tangkap.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh telah merogol mangsa di kawasan Jabatan Pertanian Batu 24 Bukit Quin Hill iaitu pada 1 Jun di kawasan padang bola bagi pertuduhan pertama kira-kira jam 7 malam.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di kawasan kebun pada 2 Ogos kira-kira 9 pagi dan pertuduhan ketiga tertuduh merogol mangsa di bawah pokok pada 19 September, 10 pagi.

Tertuduh telah ditangkap pada 21 Disember lepas selepas bapa mangsa membuat laporan polis yang menyatakan anaknya telah dipaksa melakukan hubungan seks dengan tertuduh.

Mengikut fakta kes tertuduh telah membawa mangsa ke padang bola berkenaan dan menceritakan cerita lucah dengan tertuduh sebelum menyuruh mangsa membuka pakaiannya lalu melakukan hubungan seks.

Tertuduh telah menyuruh mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang perbuatan yang dilakukannya. Kemudian tertuduh telah mengulangi perbuatannya di kebun dan pokok kawasan berkenaan.

Mangsa yang menyedari perbuatan tertuduh telah bertindak memberitahu bapanya bahawa dia telah dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Wakang (Rasly).

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun yang sama.

Seksyen ini memperuntukan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang lima tahun dah tidak lebih tiga puluh tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Insp. Joan Lee.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline