Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Sumbangan karyawan dalam pembangunan negara tidak dapat diukur, kata D'Cruz

4th June, 2012

PENAMPANG: Sumbangan kumpulan karyawan atau artis dalam pembangunan negara tidak dapat diukur sebagaimana mengukur pembangunan fizikal.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata karya seni adalah mengenai pemahaman jiwa manusia yang dapat digambarkan melalui karya mereka untuk dinikmati dan dinilai.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anugerah Skrin Kadazan Dusun Murut (KDM) 2012 sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di dewan Hongkod Koisaan, KDCA Penampang baru-baru ini.

Katanya, kejayaan penganjuran malam pengiktirafan kepada artis-artis tempatan itu menunjukkan bahawa dengan adanya kesepakatan dan perpaduan, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.

“Bagi pihak kementerian dan kerajaan, saya melihat perkara ini sangat murni kerana inilah wadah untuk karyawan, dan artis Sabah khususnya yang berketurunan KDM untuk terus menyumbang kepada semarak dan kemajuan kesenian KDM terutama dalam bidang nyanyian dan perfileman.

Beliau juga berharap agar program seumpama itu mendapat sokongan meluas daripada semua pihak pada masa akan datang.

Bercakap mengenai keunikan seni pula, beliau mengambil contoh lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat yang kini begitu popular hingga ke Kuala Lumpur dan Indonesia.

“Bagi saya ini salah satu contoh kritik sosial yang bercerita mengenai masalah sejagat iaitu tentang serba-kekurangan seorang anak muda, dan situasi seperti ini pasti berlaku di mana-mana.

Menurut beliau, karya itu berjaya disampaikan melalui lirik dan melodi lagu yang menarik dan kemudiannya dapat mendorong anak-anak muda untuk mempersiapkan diri sebelum berhasrat mencari pasangan hidup, dan demikian jugalah pada karya lain.

Menyentuh mengenai perkara yang disentuh oleh Pengerusi Penganjur anugerah itu yang juga pengarah filem Tony Francis Gitom untuk memperbanyakkan lebih banyak slot untuk karyawan seni di Sabah untuk siaran di televisyen, katanya kerajaan sentiasa mengambil kira permintaan rakyat termasuklah keperluan kumpulan seniman dan karyawan.

“Tidak pernah ada kumpulan yang terabai dalam kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, cuma apa yang berlaku kita biasanya akan melaksanakan secara berperingkat berdasarkan keperluan dan tuntutan semasa.

Tambahnya, telah diakui bahawa bakat seni orang Sabah bukan sedikit khususnya mereka yang berketurunan KDM, malah terkenal sehingga peringkat nasional.

Pesan beliau kepada para pemenang agar menjadikan kemenangan mereka sebagai pemangkin untuk terus berkarya dan terus menyumbang selagi keupayaan dan kesihatan masih mengizinkan.

Turut hadir para pengkarya seni tempatan dari seluruh Sabah dan beberapa pemimpin tempatan lain yang turut memberi sokongan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline