Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Konsep m'rakat selamat perlu diperkenal: Lee

4th June, 2012

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis masyarakat kelmarin mencadangkan agar pihak berkuasa memperkenalkan konsep ‘Masyarakat Selamat’ berikutan kebimbangan orang ramai terhadap isu keselamatan memandangkan kadar jenayah di negara ini masih serius.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat selamat boleh didefinisikan sebagai tempat orang ramai tinggal, bekerja dan berekreasi dengan selamat dan sihat.

“Selain memperbaiki kehidupan individu, masyarakat selamat dapat mewujudkan manfaat bersama antaranya jaminan keselamatan untuk orang ramai, mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan produktiviti serta persaingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Lee berkata, polis dan pihak berkuasa lain boleh melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan perlindungan lebih baik terutamanya kepada kanak-kanak dan orang awam secara amnya.

“Antara langkah adalah seperti rondaan kaki dan bermotor di kawasan berisiko tinggi, kerap mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan pertubuhan perniagaan bagi kedua-dua pihak menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan serta mengadakan kempen pencegahan jenayah.

“Pihak berkuasa tempatan perlu mengenal pasti kawasan untuk dipasangkan kamera litar tertutup (CCTV) dan memberi perhatian terhadap pencahayaan yang baik di lorong-lorong dan simpang-simpang jalan yang gelap dan sunyi,” katanya.

Mengenai perlindungan ke atas kanak-kanak daripada perbuatan jenayah, Lee berkata ini seharusnya dimulakan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri menerusi pendidikan dari rumah dan bukan mengharapkan tugas daripada pihak berkuasa yang berkenaan semata-mata.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan awal, ibu bapa boleh mendidik anak-anak bagaimana hendak melindungi diri mereka sendiri.

“Ibu bapa perlu tahu di mana anak mereka berada sepanjang masa. Mereka perlu mendidik anak-anak mereka bagaimana untuk respons kepada sebarang situasi yang berbahaya,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak seharusnya bersikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada bagi memastikan keselamatan terbaik untuk anak mereka.

“Ibu bapa harus menasihatkan anak-anak supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali, mendidik tentang keselamatan dan apa perlu mereka lakukan apabila sesuatu insiden berlaku.

“Ibu bapa perlu sentiasa memantau di mana anak-anak berada dan tidak melepaskan mereka tanpa diawasi, sentiasa mendidik mereka untuk berasa sangsi dengan orang tidak dikenali dan tidak mudah percaya kepada sesiapa,” katanya.

Lee berkata pendidikan tentang keselamatan kanak-kanak juga perlu diperkenalkan di sekolah rendah kerana murid mudah terdedah kepada pelbagai risiko ketika berada di luar kawasan sekolah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline