|
4th June, 2012
KENINGAU: Penduduk tem- patan di kawasan ini diingatkan agar jangan salah gunakan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri kepada ahli ke- luarga yang mengadakan majlis buka pantang atau kendu- ri arwah.
Ketua Polis Daerah Keni- ngau Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, polis tidak ada kuasa untuk menghalang atau mela- rang ahli keluarga yang berbuat demikian kerana ia dibenar- kan oleh Mahkamah Anak Negeri atas dasar amalan adat istiadat yang diwarisi dari nenek moyang asalkan ia dilakukan mengikut adat istiadat yang sebenar.
Walau bagaimanapun kata- nya, acara sabung ayam memang salah disisi undang- undang dan penganiyaan terhadap binatang juga salah disisi ugama.
“Kita juga mendengar aduan bahawa surat kebenaran yang diberikan oleh pihak Mahkamah Anak Negeri sering kali disalahgunakan dengan tujuan pertaruhan atau perjudian oleh pihak lain yang tidak ada kaitan dengan majlis buka pantang yang diadakan,” kata Zahari ketika dihubungi kelmarin.
Katanya, polis menasihatkan ahli keluarga yang mengadakan majlis buka pantang agar menggunakan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Anak Negeri mengikut adat istiadat yang sebenar.
“Jangan salah guna dan memberi ruang kepada orang ramai yang tidak berkaitan untuk menyertai acara sabung ayam yang mengambil kesempatan menjadikan majlis sebagai medan perjudian,” tegas Zahari.
Dalam masa yang sama Ketua Polis Daerah itu berharap orang ramai agar tidak menggunakan ruang majlis buka pantang yang berlandaskan adat istiadat untuk tujuan perjudian sabung ayam.
Katanya, polis akan meng- ambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang membuat laporan mengenai kegiatan judi sabung ayam yang dijalankan semasa majlis buka pantang diadakan.
“Polis juga akan membuat pemantauan jika terdapat majlis buka pantang diadakan bagi mengelakkan penyalahgunaan surat kebenaran dari Mahkamah Anak Negeri” tambah Zahari.
Beliau berkata, dalam surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri hanya membenarkan acara sabung ayam mengikut adat istiadat dan terhad kepada ahli keluarga yang terdekat sahaja.
Katanya, jika ada pihak lain atau kumpulan-kumpulan tertentu yang datang menyertai acara sabung ayam dengan tujuan perjudian sudah tentu ia melampaui adat istiadat dan menyalahi undang-undang.
|