Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Penubuhan RCI bukti kerajaan BN perjuang hak rakyat Sabah: Ellron

4th June, 2012

KENINGAU: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tentang penubuhan RCI adalah tepat dan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) komi- ted untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin, berkata penubuhan RCI yang disuarakan oleh parapemimpin politik termasuk pemimpin pembangkang dan NGO yang menjadi isu sebelum ini kini terjawab apabila Perdana Menteri mengumumkan kesediaan kerajaan BN untuk menubuhkan RCI.

“Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana akhirnya mengumum- kan penubuhan RCI yang menjadi penantian rakyat Sabah sebelum ini,” Kata Ellron kepada media selepas merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pesta Kaamatan Kg. Kesuing Sook pada Sabtu.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata, keprihatinan kerajaan yang dalam menu- buhkan RCI perlu disambut baik oleh semua pihak tanpa mengira fahaman dan ideologi politik agar matlamat penu- buhannya akan tercapai.

Katanya, penubuhan RCI yang diumumkan Perdana Menteri merupakan hadiah kepada rakyat Sabah kerana dengan penubuhannya masa depan dan keselamatan rakyat di negeri lebih terjamin.

Beliau berkata, gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin- pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan keadaan.

Katanya, pemimpin- pemimpin pembangkang sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan me- narik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka.

Tetapi katanya, kini RCI bakal ditubuhkan dalam masa yang terdekat ini sudah pasti akan mengukuhkan lagi so- kongan rakyat kepada BN kerana hanya kerajaan BN yang dapat melakukannya.

Justeru itu katanya, tiada lagi alasan rakyat menolak BN kerana suara dan pandangan rakyat semua lapisan di negeri ini telah diterima oleh pucuk pimpinan BN.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline