Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kabinet vagu popokito sunduvan ouhi tambahut, piomungan kuasa: Limus |  Montili Kadazan Dusun Murut kapavakas layat Sabah |  SINIDAU DO ICT PONGINAMAN MONTOK DI KHALID PAPANAU PDRM |  Baja organik 'Biojadi' tunjuk hasil mengagumkan |  30 anggota polis buat rondaan bermotosikal |  Dr Subramaniam tumpu usaha tingkat kesedaran pencegahan awal |  UMS lancar sistem sumber manusia secara portal |  Budaya ilmu jadi fokus utama k'jaan terus pupuk nilai-nilai murni |  Menteri Kadazandusun Murut bakal perkasa rakyat Sabah |  Kerajaan Pusat iktiraf peranan pemimpin Sabah bangunkan negara: Musa |  ANGGOTA KABINET BAHARU ANGKAT SUMPAH JAWATAN |  Benitez: Europa League success proves nothing |  Beckham announces retirement |  BWF to test Extra Eye again at Sudirman Cup |  Sabahawks gunning for revenge | 
 BM

Kastam disaran ketatkan kawalan untuk cegah penyeludupan wang

4th June, 2012

BACHOK: Anggota kastam yang ber- tugas di pintu masuk sempadan Ma- laysia -Thailand disaran mengetatkan kawalan bagi mencegah aktiviti penyeludupan wang.

Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata langkah itu bagi mengelak cubaan seorang wanita warga Thailand menyeludup wang tunai berjumlah RM149,000 ke negara ini minggu lepas, daripada berulang.

Pihak Kastam perlu menyiasat motif wanita itu cuba menyeludup wang tersebut ke Malaysia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Satu Komuniti Satu JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Juara Nelayan di Tawang dekat sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan.

Awang Adek mengulas kejayaan Unit Pencegah Penyeludupan Kelantan menye- kat cubaan penyeludupan wang itu.

Dalam insiden itu, sebahagian besar wang tersebut diikat pada tubuh wanita terbabit manakala selebihnya diisi dalam bag untuk mengelak daripada dikesan.

Awang Adek berkata tindakan itu kemungkinan bagi tujuan tukaran wang melibatkan Ringgit Malaysia dan Baht Thailand yang dikatakan sering dilakukan rakyat kedua-dua negara berjiran itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline