Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Saya masih kekal dalam Umno: Ahuar

1st June, 2012

NABAWAN: Timbalan Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ahuar Rasam memberi penjelasan bahawa beliau masih dalam Umno dan tidak mengikuti jejak anaknya Raymond yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya masih dalam Umno yang selama ini menjadi wadah perjuangan politik saya” katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Rakyat sempena Perasmian Persidangan Cawangan Berkelompok Kg. Saliliran, Kg. Sinapar, Kg. Dobolon. Kg. Simohong dan Kg. Salinatan di Kg. Karampalon baru-baru ini.

Semasa memberi penjelasan Ahuar berkata beliau masih bersama Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin yang mengemudikan perjuangan Umno untuk membela nasib rakyat khususnya ahli di kawasan ini.

“Saya sudah beri nasihat tetapi Raymond enggan menerima dan meneruskan hasratnya masuk PKR” kata Ahuar.

Katanya, beliau menyifatkan tindakan anaknya itu sebagai hasrat orang muda dan yakin apabila sampai di penghujung jalan yang tidak ada hala tuju mereka akan sedar kesilapan.

Menurut Ahuar dalam hidup seseorang ada tiga guru yang mendidik iaitu guru, ibu bapa dan masalah.

“Apabila seseorang itu tidak mendengar didikan guru dan ibu bapa, mereka akan sedar apabila menghadapi masalah dan itulah yang guru yang ketiga” jelasnya.

Dalam masa yang sama Ahuar menggesa ahli-ahli Umno di bahagian agar terus kekal bersama parti keramat Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita sudah di landasan yang betul kerana Umno masih relevan sebagai wadah memperjuangkan nasib rakyat di kawasan ini” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline