Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Koonduan nopujulan kiniopon id kohigaganan talun |  KML kikahansanan tuutulus kobuu montok popoimbuhai susumikul kikualiti |  PETISYEN PRU13 MOSITI OONGOU OM OUHANAN ID SUANG TIMPU ONOM VUHAN |  Mahasiswa disaran sahut cabaran |  Jamil: M'sia sedia bantu negara berminat contohi pengurusan TH |  M'sia seru pihak berkonflik buang sifat esktrem |  Pasaran getah dijangka terus jatuh minggu depan |  Wanita maut nahas jalan raya |  Azizah: Usaha berterusan minimumkan isu kahwin bawah umur |  Pakatan Rakyat perlu main peranan sebagai parti pembangkang bertanggungjawab: Salleh |  PETISYEN MESTI SELESAI DALAM ENAM BULAN |  Canizares shoots clear atop leaderboard |  Santos accept Barca, Madrid bids for Neymar |  Nicol-Laura decider! |  RM40,000 in prizes awaits 4x4 enthusiasts | 
 BM

KM: TIADA MASALAH LULUS PERUNTUKAN TAMBAHAN

1st June, 2012

PENAMPANG: Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk meluluskan permohonan peruntukan tambahan untuk kebaikan rakyat, khususnya dalam usaha meningkatkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, pemberian peruntukan kewangan tambahan bertepatan dengan keadaan dan kehendak semasa, terutama ketika kewangan negeri semakin kukuh.

“Dengan adanya perpaduan (rakyat), kita semua dapat mengukuhkan kewangan kita. Kita juga dapat membuktikan kemampuan kita mengurus kewangan kita dengan cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Penutupan Pesta Kamatan Peringkat Negeri di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini, kelmarin.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Musa berkata perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam menarik lebih ramai pelancong dan pelabur datang ke Sabah.

Jelasnya, perpaduan yang kukuh memberi keyakinan kepada masyarakat luar terhadap keamanan dan keselamatan di negeri ini.

“Kita mesti pelihara budaya ini agar kita dapat merancakkan ekonomi kita secara bersama.

“Sudah pasti ada hikmat di sebalik adat tradisi nenek moyang kita ini dalam mewujudkan perasaan kekitaan di kalangan kita,” katanya.

Di samping itu, Musa turut meminta wakil-wakil rakyat dan anggota kerajaan supaya terus bekerja dengan ikhlas untuk rakyat.

“Inilah amalan Barisan Nasional. Kita mesti sentiasa turun padang dan bekerjasama untuk rakyat,” tambahnya.

Sementera itu beliau turut menggesa masyarkat Kadazan Dusun dan Murut supaya meningkatkan pengeluaran produk berkualiti dan berinovasi untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, usaha itu pastinya akan dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan seterusnya menyumbang kepada kemajuan sosio ekonomi negeri.

“Saya berharap agar perayaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat khususnya kaum Kadazan Dusun dan Murut yang bergiat dalam perusaan IKS bagi meningkatkan pengelauran produk berkualiti dan berinovasi.

“Semoga Pesta Kaamatan tahun ini akan terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada kita untuk memperkasakan lagi semangat perpaduan bagi memastikan kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara khususnya negeri Sabah turut terpelihara,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline