|
28th May, 2012
PITAS: Pesta Bengkoka mampu menonjolkan daerah Pitas sebagai sebuah destinasi pelancongan baru di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata, ini kerana selain memiliki keindahan dan keunikan alam semulajadi daerah itu juga kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai etnik.
Oleh itu beliau percaya Pitas mampu menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri ini suatu hari nanti.
“Sememangnya daerah Pitas mempunyai potensi besar untuk membangun dengan lebih pesat, bagaimanapun suka saya mengingatkan bahawa usaha pembangunan ini memerlukan sokongan, kerjasama dan penglibatan daripada rakyat sendiri.
“Justeru itu semua pihak diseru terus memberikan so- kongan padu dan jitu bagi menjayakan usaha-usaha pem- bangunan dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat khu- susnya rakyat di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Bengkoka dan Kaamatan Pitas, di Dataran Bengkoka Pitas, di sini, kelmarin.
Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Hajiji Haji Noor.
Musa berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan yang besar khusus untuk daerah ini bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan.
Katanya, ini termasuklah dalam sektor pelancongan, pembasmian kemiskinan, pendidikan, penyediaan dan peningkatan kemudahan asas meliputi jalan raya, bekalan air, elektrik dan perumahan rakyat.
“Sehubungan itu, kita akan terus meningkatkan usaha-usaha pembangunan untuk kepentingan rakyat di seluruh negeri terutama di kawasan luar bandar.
Musa berkata, semua usaha yang dilakukan itu adalah bukti kesungguhan, keperihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat di seluruh pelusuk negeri.
Oleh itu katanya, kerajaan akan terus bekerja dengan gigih untuk memastikan rakyat mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya.
Beliau turut menyambut baik inisiatif pihak penganjur mengadakan sambutan Pesta Bengkoka dan Kaamatan peringkat daerah.
“Saya berharap semangat perpaduan dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum dan agama sepertimana yang ditunjukkana dalam perayaan ini terus dipupuk dan ditingkatkan seiring dengan gagasan 1Malaysia yang sudah lama diamalkan di negeri ini.
“Selain itu, saya juga berharap agar pesta ini akan terus mengukuhkan lagi semangat perpaduan rakyat dan menjana lebih banyak keja- yaan dan kemakmuran kepada kita semua,” katanya.
Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Malay- sia merangkap Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri, Pembantu Menteri Pe- lancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri dan juga Adun Pitas, Datuk Bolkiah Ismail Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi, Datuk Abdul Mijul Haji Unaini, dan Pegawai Daerah Pitas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Bengkoka dan Kaamatana 2012, Sapdin Ibrahim.
|