Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Duvo upisol SPRM om songuhun dazanak nopujulan kiniopon id kinohigaganan talun alun id Labuan |  10,778 unit hamin todoon id lahan pisokodungan do LPPB |  62 GERAN KOMUNAL PINAHABUS POLINTA |  Perkeso harap program pencegahan kurangkan kadar kemalangan |  Dua Pegawai SPRM dan bayi lelaki maut nahas jalan raya |  Cuepacs akan serah cadangan penjawat awam terus carum Perkeso kepada JPA |  Kalangan guru diberi amaran tidak buat perniagaan tanpa hirau waktu kerja |  K'jaan negeri ambil perhatian serius implikasi GST: Ramlee |  LPPB Sabah rancang bina 10,778 unit rumah mampu milik, kata Zakaria |  62 Geran Komunal dikeluarkan sehingga 31 Mei tahun ini: Musa |  Empat pelancong parah kereta dilanggar keretapi |  LAPORAN PERTEMPURAN TIDAK BETUL: KETUA ESSCOM |  Moyes kicks off United tenure at Swansea |  Justin: A match we can’t afford to lose |  Golf For Girls programme bearing fruit | 
 BM

Pixie Lott ke Sabah...

250512-pixie-12a

25th May, 2012

Oleh ERSIE CHELL ANJUMIN

KURANG daripada satu minggu, rakyat Sabah akan berpeluang menyaksikan showcase penyanyi manis berasal dari England , Pixie Lott di 1Borneo, Kota Kinabalu pada Isnin depan (28 Mei).

Kedatangannya ke Sabah buat julung kalinya adalah sempena jelajah promosi album keduanya, Young Foolish Happy yang telah dipakejkan semula dan diberi judul Young Foolish Happy Asian Deluxe.

Album versi Asia ini turut memuatkan lagu hasil kolaborasi bersama dua penyanyi terkenal Korea iaitu GD dan TOP daripada Big Bang berjudul Dancing On My Own.

Dibawakan oleh Universal Music Malaysia (UMM), gadis berusia 21 tahun ini dijangka menambat hati ramai menerusi persembahan hebatnya di Centre Atrium, 1Borneo, jam 8 malam nanti.

Untuk menyaksikan showcase penyanyi yang diangkat namanya menerusi lagu ‘Mama Do’ dari album sulungnya, Turn It Up, dapatkan album Young Foolish Happy versi Asia dengan harga RM45.90 di mana-mana kedai Speedy sekitar Kota Kinabalu.

Setiap album akan disertakan satu pas masuk percuma.

Menariknya lagi, para peminat boleh mengambil bahagian dalam peraduan cabutan bertuah di gerai Speedy yang akan dibuka di Centre Atrium bermula dari jam 5 petang untuk memenangi pas bertemu dengan Pixie Lott.

Sementara itu, sesi autograph juga akan diadakan sejurus selepas Pixie Lott mengakhiri persembahannya.

Sebelum ke KK, Pixie Lott dijadualkan membuat persembahan di KL Live, Kuala Lumpur pada 26 Mei (Sabtu) dan para peminat di sana juga berpeluang bertemu dengan idol mereka di Rock Corner, The Curve pada pukul 2 petang, keesokan harinya (27 Mei) untuk sesi autograf.

Untuk maklumat lanjut mengenai showcase itu, layari www.universalmusic.com.my atau layari FB Universal Music Malaysia.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline