Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
M’sia kobuu id sistom balajalan nung songovian manaak ponotohan kumaa balajalan doid tanak |  Tinimungan komuhakan mositi tomoimo poinsosoguhu kopongintangan: Musa |  MAZAA LAMAI KAAMATAN KOOVIT NOGI KOBUUON IKONOMI POGUN |  Mourinho: My worst ever season! |  Ibu bapa perlu beri penekanan terhadap pendidikan anak-anak |  Rodgers salutes retiring Carragher |  Denmark’s Hoyer-Larsen wins BWF presidency |  Sportsman Ricky on cloud nine |  31 motosikal disita dalam Ops Motosikal |  Holistic approach to elevate sports industry |  Raja Muda Perlis mahu rakyat celik media |  French president signs gay marriage bill into law |  Philippines rejects Taiwan ‘murder’ claims |  N Korea fires short-range missiles |  Pusat Khidmat Masyarakat BN akan diwujud: Razman | 
 BM

Agensi Anti Dadah sasar 1,000 ahli sukarela setiap daerah tahun ini

25th May, 2012

KOTA KINABALU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan setiap daerah mempunyai 1,000 ahli sukarelawan berdaftar dengan agensi itu setiap tahun bagi membantu kerajaan membanteras masalah dadah, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sabah berkata, sehingga kini lebih 150,000 sukarelawan berdaftar di bawah AADK iaitu 147,034 daripadanya Rakan Anti Dadah (RADA), seramai 5,837 orang dalam Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH) dan 1,639 orang dalam Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD).

“Selebihnya berdaftar dalam Persatuan Alumni AADK (PENDAMAI), Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ahli Lembaga Pelawat.

“Selain itu, di luar AADK, terdapat pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dan kemudahan dalam rawatan dan pemulihan dadah. Ini tidak termasuk komuniti di sesuatu kawasan, pemimpin masyarakat setempat dan individu-individu yang turut membantu atas sifat kemanusiaan dan keprihatinan untuk membanteras masalah dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sukarelawan Anti Dadah (Skuad) 1Malaysia anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kg Pintas, Beaufort, baru-baru ini.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut menyeru penduduk kampung supaya mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi dalam memerangi jenayah dadah.

Beliau berharap dengan adanya kerjasama semua pihak masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibanteras.

“Saya berharap, Skuad 1Malaysia, AADK akan dapat menggerakkan satu gelombang yang lebih besar untuk membawa kebaikan kepada negara dan bangsa, menjadikan negara bebas dari masalah penagihan dadah.

“Masa depan Malaysia adalah tanggungjawab kita. Maka tekadkanlah usaha dan keazaman untuk menyahut seruan Transformasi kerajaan. Bersama- sama kita membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik untuk anak-anak kita dan kesejahteraan seluruh masyarakat,” katanya.

Sempena program itu Azizah merasmikan premis perniagaan Serambi Pintas dan rumah komuniti di Kg Pintas yang menjadi pusat aktiviti gerakan masyarakat dalam usaha memerangi masalah dadah, khususnya bagi membantu bekas penagih dadah dan keluarga mereka supaya menjadi masyarakat yang produktif dan proaktif.

Selain itu Azizah turut menyampaikan bantuan barangan kelengkapan masjid untuk Kg Klias Baru dan sumbangan 10 kompang untuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kg. Mempagar.

Sepanjang program itu, pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya pameran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Tenaga kerja (JTK) dan kaunter Clini Cure & Care serta pertandingan menggubah bunga hidup, gubahan manik sukaneka dan cabutan tiket bertuah turut.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline