|
25th May, 2012
KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah kerana membunuh.
Hakim Ismail Brahim kelmarin dalam keputusannya kelmarin berkata pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan terhadap Arbot Hermon yang diwakili oleh peguam Collin Clerk.
Hukuman penjara bermula dari tarikh Arbot ditangkap semula pada 22 Mac tahun ini selepas dia melarikan diri dari penjara.
Arbot melakukan pembunuhan tanpa niat terhadap Tundoyuk Layuk, 54, di kawasan semak di Kampung Bunsadan, Kota Marudu pada 25 Sept 2004 antara jam 6 pagi dan 8 pagi.
Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Kesiksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh sebelumnya dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan RM3,000 dicagarkan dengan dua penjamin tempatan sehingga kesnya selesai dibicarakan.
Ketika meminta hukuman diringankan, Collin memberitahu mahkamah ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia adalah penanggung tunggal keluarganya.
Beliau memberitahu mahkamah tertuduh juga dalam keadaan mabuk dan dia tidak ingat apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu.
Beliau juga meminta mahkamah untuk mempertimbangkan tempoh tertuduh ditahan reman sehingga kesnya dibicarakan.
Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Nartiah F. Mirchelle Sambatan yang mewakili pembelaan meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius.
Beliau berkata mangsa telah terbunuh dengan tertuduh menjerut lehernya hingga mati pada pagi Krismas 2004 itu.
Ini membuatkan isteri dan anak-anak mangsa mengalami pelbagai kesukaran.
Nartiah juga berkata nyawa mangsa juga tidak boleh dikembalikan meskipun hukuman lebih berat dikenakan terhadap tertuduh.
Lagi pun katanya tertuduh tidak pernah menyesal kerana tertuduh juga minta dibicarakan dari mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya.
|