Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Rakyat ada hak tuntut RCI: Donald

25th May, 2012

KOTA KINABALU: Rakyat mempunyai hak untuk menuntut Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) di Sabah, jelas Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Donald Peter Mojuntin.

“Secara peribadi saya ber- pendapat rakyat sememang- nya mempunyai hak menuntut RCI. Malahan Kabinet Perse- kutuan telah pun memutuskan untuk menubuhkan tribunal ini dan sebuah jawatankuasa untuk membentuk terma ruju- kan RCI telah pun ditubuh- kan,” katanya ketika merasmikan Program Forum Jati Diri Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Tun Fuad Stephens, di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan mengambil masa terlalu lama untuk mengumum- kan penubuhan RCI ini, kata- nya penubuhan tribunal ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kerajaan harus meneliti dan memastikan terma rujukan RCI dan komposisi panelnya adalah komprehensif untuk membendung masalah kemasukan warga asing yang tidak terkawal di Sabah.

Sementara itu, di dalam ucapannya sempena majlis forum itu beliau turut menyifatkan pengelolaan demonstrasi jalanan baru-baru ini (Bersih 3.0) telah menggambarkan imej degil, liar dan aggresif pihak pembangkang yang diterjemahkan melalui kumpulan-kumpulan NGO’s yang mereka pelopori.

“Tidak salah untuk mela- kukan tunjuk perasaan secara aman tetapi golongan muda yang melibatkan diri pada demonstrasi dan tunjuk pera- saan tersebut telah menimbulkan keadaan yang tidak terkawal dan berakhir dengan rusuhan dan keganasan sehingga banyak harta benda awam musnah,” katanya.

Katanya, ini tentu memberi peluang kepada musuh- musuh negara untuk melaku- kan kemusnahan dari dalam dengan menggugat kestabilan dan kerukunan perpaduan yang kita amalkan.

“Kita perlu bersyukur kerana prestasi kemajuan negara kita berada pada tahap yang amat membanggakan berban- ding negara-negara lain yang seangkatan dan seusia dengan kita. Masih terdapat banyak lagi negara Komanwel yang lain yang masih mundur dari kita,” katanya.

Namun katanya pada ma- sa yang sama kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa yang kita miliki kerana perjuangan untuk memajukan Malaysia masih jauh dan tuntutan serta cabaran masa depan jauh lebih getir dan mencabar.

“Kesedaran ini perlu diterjemahkan dengan kesungguhan untuk terus bersatu dan bekerja kuat untuk mencapai matlamat bersama iaitu membina sebuah negara Malaysia maju menurut acuan kita sen- diri menjelang tahun 2020,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline