Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Buuan kavavagu do MOSTI kihizab monihombus kahantazan tavasi |  Miobpinai osuvon pulis id kiis minomoduso songuhun pakalaja |  SWEPA PAPANTOD DO BOOGIZAN KALAJA OM POINGIDOPUAN: MUSA |  Pemimpin m'rakat bidas cadangan pembangkang Dewan Negara dimansuh |  Suri rumah, abang kandung bunuh pekerja ladang diburu polis |  Ibu bapa perlu awasi, pantau anak-anak layari internet elak budaya negatif, kata Hamisa |  DBKK roboh 4,442 rumah setinggan di bandaraya, kata Muhammad Ammir |  Ahmad Shabery fokus kembangkan infrastruktur komunikasi, caj internet lebih rendah |  Swepa dipuji tingkat usahawan, profesional wanita |  Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa, kata Ahmad Zahid |  DALANG TIDAK AKAN DIDEDAH |  Arsenal prove critics wrong! |  Life after Fergie begins |  Indonesia in quarters |  Juniors forget scoring boots! | 
 BM

Pengorbanan guru disanjung, dihargai

250512-lead-2a
LANCAR ... Musa (dua kanan) memalu gong sebanyak tiga kali tanda sempurnanya sambutan itu sambil disaksikan Masidi, Muhiddin, James dan Sharif Mahada di majlis itu.

25th May, 2012

SANDAKAN: Pengorbanan warga pendidik terutama para guru amat disanjung tinggi dan hargai kerana ko- mitmen mereka sejak dahulu lagi telah memberikan sumbangan begitu besar da- lam konteks pembangunan negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata sambutan hari guru yang diadakan setiap tahun membuktikan bahawa pengiktirafan daripada kerajaan dan rakyat terhadap golongan yang banyak mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang.

Beliau berkata, sumbangan guru-guru tidak ternilai terutama dalam memacu dan memastikan kelangsungan pembangunan serta kemajuan negara yang sudah tentu memerlukan modal insan yang berkualiti, berilmu dan berkeperibadian mulia.

Katanya, selari dengan usaha menjayakan pelbagai program transformasi negara yang tentunya memerlukan guru dan pendidik bukan sahaja terlatih dan berdedikasi, tetapi juga berkualiti, kreatif dan inovatif.

“Seiring dengan kepesatan teknologi, cabaran dan keperluan semasa, kaedah pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif akan menarik minat dan perhatian pelajar. Ia sekali gus menyumbang ke arah membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan masya- rakat khususnya para pelajar.

“Tema iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” perlulah dihayati dan diterjemahkan oleh warga guru bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, kreatif dan inovatif ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” jelasnya.

Berucap melancarkan perayaan Hari Guru Ke-41 peringkat Negeri Sabah 2012 di Dewan Serbaguna Sri Liba- ran, di sini, kelmarin Musa menambah kata Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa komited untuk merancang agenda pembangunan secara holistik di negeri ini, termasuk dalam bidang pendidikan.

Ini katanya, melalui pemerkasaan dan pemantapan bidang pendidikan, usaha sebegini berupaya untuk memesatkan pembangunan modal insan yang bakal mencorak- kan masa depan negara khu- sus di negeri ini.

Menteri Kewangan Nege- ri itu turut memberitahu bahawa di samping menyediakan peruntukan tahunan yang besar dalam bajet negeri untuk pembangunan modal insan, pihak kerajaan juga sedang giat melaksanakan berbagai inisiatif pembangunan berkaitan antaranya Hab Pendidikan Sandakan.

Ujarnya, Kerajaan Negeri percaya bagi memacu kemajuan negeri seiring dengan arus perdana pembangunan nasional, ia memerlukan ramai tenaga profesional dan modal insan yang berkualiti, berilmu serta berkemahiran.

Dalam konteks ini, tambahnya, pihak Kerajaan Nege- ri sentiasa memberikan tum- puan dan perhatian khusus kepada usaha-usaha bagi merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Ini adalah kerana, katanya lagi, masih terdapat banyak kawasan luar bandar dan pedalaman yang memerlukan perhatian sewajarnya, terutama- nya dari segi prasarana sokongan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pendidik yang berkualiti.

Terdahulu, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr.Haji Muhiddin Yusin, berkata Jabatan Pelajaran Negeri telah berada pada landasan yang tepat dalam mengapungkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

Ini katanya, pada masa kini pelbagai perancangan, inisiatif dan program pendidikan telah, sedang dan akan terus dilaksanakan antaranya perancangan stragegik iaitu ‘Speed, Smart Planning Echances Education Dynamics serta banyak lagi.

“Visi jabatan ialah ‘Pendidikan berkualiti penjana mo- dal insan unggul … di mana se- luruh warga dan jentera Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bergerak ke arah mewujudkan pendidikan berkualiti yang mampu membangunkan murid menjadi individu yang mempunyai ciri-ciri keunggulan peribadi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang membolehkannya terbentuk sebagai modal insan unggul.

“Untuk mencapai visi ini, seluruh warga dan jentera pendidikan di negeri ini perlu berusaha untuk memenuhi misi Jabatan Pelajaran Negeri iaitu ‘Membangunkan potensi individu melalui pendidikan’ ... Setiap individu mempunyai potensi dan potensi itulah yang perlu digilap oleh guru,” kata beliau.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin serta Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir.James Wong dan Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan, Hj Sharif Mahada Sharif Attar termasuk guru-guru dari seluruh negeri.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline