Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Perkob mokianu do panaakan kalaja miampai potihombus poinsavaton gisom RM40 ngobu |  Komontilian manaak pongumbanganan kumaa kopokionuan vinakas id Sabah: Dr Maximus |  HAANG TOSIKAP POLINTA PISOMPUUVAN MONONUIDONG DO ESSCOM GINATANG |  NIOSH yakin akan wujud kerjasama dengan KKIP |  Pasangan suami isteri kerugian RM5,000 rumah dipecah masuk |  Pesakit Thalasaemia di Hospital Ranau perlu 120 pain darah sebulan |  Pemandu terbabit pelanggaran lori dan keretapi dibebaskan |  IKS Bumiputera akan terajui Minggu IKS Sabah 2013 |  Sindiket pemalsuan wujud berikutan kesediaan pendatang bayar lebih untuk IC Malaysia |  Sabah hargai K’jaan Pusat tubuh ESSCOM, ESSZONE |  Kerajaan sedia RM186.9 juta kepada JKR untuk bina jalan raya seluruh Sabah |  TYT: SABAH DAYA TARIKAN PELABUR ASING, TEMPATAN |  Maijol not seeking re-election |  Long standing feud between basketball associations over |  Fruitful outing for Qiao Ni | 
 BM

USAHA RAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

250512-tokoh-1
TOKOH GURU SABAH 2012 ... Musa (dua kiri) disamping tiga penerima tokoh guru yang terdiri daripada Awangku Ali Pengiran Jumat (tiga, kiri), Mohd Ukong dan Haji Rajim Laup selepas penyampaian anugerah tersebut.

25th May, 2012

SANDAKAN: Kerajaan memberi tumpuan khusus kepada usaha bagi merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar, memandangkan masih banyak kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian sewajarnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran bagi memacu lebih banyak peningkatan dan penambahbaikan bidang pendidikan di negeri ini.

“Tiada siapa pun dapat menafikan bahawa sumbangan sektor pendidikan dalam menjana kejayaan negara dan rakyat hasil daripada khidmat bakti dan dedikasi guru sememangnya amat tinggi nilainya,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri, di sini kelmarin.

Katanya di samping menyediakan peruntukan tahunan yang besar dalam belanjawan negeri untuk pembangunan modal insan, kerajaan negeri juga giat melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan berkaitan antaranya Hub Pendidikan Sandakan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri percaya bahawa untuk memacu kemajuan negeri seiring dengan arus perdana pembangunan nasional, ia memerlukan ramai tenaga profesional dan modal insan yang berkualiti hasil daripada proses pendidikan yang terbaik.

Sementatra itu Menurut Tokoh Guru Negeri Sabah 2012, Awangku Ali Pengiran Jumaat guru pada masa sekarang perlu kreatif dan inovatif bagi mencari kaedah penyampaian dan pembelajaran yang berkesan dalam mendidik pelajar.

Katanya ia selari dengan senario pendidikan pada masa sekarang yang turut dipengaruhi dengan pembangunan teknologi, komunikasi dan maklumat.

Katanya kaedah penyampaian dan pembelajaran kepada pelajar juga perlu mengikut peredaran masa tetapi tidak lari dari matlamat asal untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

“Ini memerlukan seseorang guru mempersiapkan diri dengan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan,” katanya.

Awangku Ali, 59, adalah antara tiga individu dinamakan sebagai tokoh guru Sabah 2012 dan dua lagi adalah Rajim Laup, 62, dan Mohd Ukong, 62, yang menerima pingat serta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Musa.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada 1970 sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih dan selepas itu memegang jawatan guru besar dan pengetua di beberapa sekolah dan jawatan terakhirnya adalah Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan Kementerian Pelajaran sebelum bersara pada Julai 2010.

Menurut Awangku Ali yang kini merupakan Pengerusi Koperasi Guru-Guru Bumiputera Sabah Berhad senario pendidikan pada masa sekarang adalah sangat mencabar terutama untuk memenuhi tuntutan daripada masyarakat.

“Sebagai guru, kita harus sedia menggalas segala cabaran mendatang, jika tidak peranan guru akan diketepikan dalam melaksanakan tugas yang diharapkan oleh negara,” katanya.

Awangku Ali berkata guru pada masa sekarang sungguh bertuah kerana kerajaan mengambil perhatian penuh mengenai mereka termasuk menyediakan prasarana sesuai untuk keselesaan mereka mengajar.

“Ia jauh berbeza ketika beliau menjadi guru pada 1970-an yang ketika itu prasarana pendidikan masih kurang dan memerlukan banyak usaha serta pengorbanan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang guru,” katanya.

Beliau mahu guru menghargai perhatian yang diberikan oleh kerajaan itu dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk lebih dedikasi dalam melaksanakan tugas untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline