Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Konsert Amal Lagenda Rock Malaysia 7 Mei depan

26th April, 2016

PEMINAT artis-artis lagenda rock tanah air jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Amal Lagenda Rock Malaysia (KALRM) di Stadium Kompleks Sukan Sandakan pada 7 Mei depan.

Ini kerana, KALRM adalah konsert berskala besar di Sabah kerana menggabungkan lima lagenda rock iaitu Amy Search, Awie Wings, Mus May, Ella dan pemain gitar terkenal Man Kidal yang pastinya menggegar stadium apabila membuat persembahan nanti.

Sebagai penghargaan buat lagenda rock yang lagu-lagu mereka masih malar segar sehingga ke hari ini, penganjur konsert H&M Golden Legacy Sdn Bhd dengan bangganya membawa mereka ke Sandakan menerusi penampilan istimewa dalam konsert bermula jam 7.30 malam itu.

Berikutan sambutan yang diterima sangat memberangsangkan, pihak penganjur telah menambah sebanyak 3,000 tiket untuk duduk depan pada mulanya dijual RM80 tetapi sekarang ini boleh didapati dengan harga promosi RM55. Begitu juga untuk tiket biasa, harga promosi ketika ini RM35 dan peminat seluruh negeri termasuk di Sandakan bolehlah mendapatkan tiket-tiket dari agen yang berdaftar di beberapa daerah utama.

“Wakil jualan tiket kita yang berdaftar boleh didapati di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu manakala di daerah Sandakan kita ada menyediakan kaunter tiket di hadapan Sandakan Style Hotel, Pasaraya Giant, Wisma Persekutuan serta beberapa lokasi terpilih.

“Bagi tiket VIP atau kenamaan kekal RM200 …. cuma kita ada menambah 3,000 tiket lagi untuk kerusi duduk depan berikutan sambutan dan permintaan yang banyak diterima dari peminat sejak kebelakangan ini,” kata penganjur konsert itu, A. Aris Dani A. Ahmad kepada Hiburan NST semasa ditemui kelmarin.

Aris selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat H&M Legacy berharap para peminat yang ingin menyaksikan konsert jangan menunggu lama untuk membeli tiket memandangkan untuk jualan tiket kenamaan dan duduk depan amat terhad.

Harapannya agar dapatkan tiket-tiket di kaunter yang berdaftar dengan lebih awal sementara orang ramai tidak perlu risau untuk membeli tiket biasa.

Dalam pada itu, beliau berkata matlamat menganjurkan konsert adalah bertujuan mendidik masyarakat untuk berhibur sambil menderma.

Katanya, hasil daripada jualan tiket dananya sebanyak 30 hingga 40 peratus akan disalurkan kepada rumah-rumah amal termasuk masjid dan gereja yang terpilih.

“Kita juga menyediakan lebih 80 anggota Rela dan 20 orang pengawal peribadi bagi mengawal dan menjaga keselamatan sepanjang berlangsungnya konsert rock lagenda ini.

“Kita juga merakamkan ucapan terima kasih dan sangat-sangat teruja atas sokongan padu semua pihak khususnya daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang memberi sokongan untuk kita melaksanakan konsert amal ini.

“Kita akan bermesyuarat minggu depan bagi pembahagian tugas bersama jabatan-jabatan serta agensi yang berkaitan sebelum berlangsungnya konsert tersebut,” jelasnya sambil berpuas hati dengan pelaksanaan konsert yang berjalan lancar.

Kepada satu soalan, Aris memberitahu perasaannya sering berdebar-debar kerana buat pertama kali mengadakan konsert terbesar yang bukan saja di negeri ini tetapi juga seluruh negara.

Pun begitu, beliau dapat menempuh apa pun cabaran kerana sepanjang menyusun atur jadual konsert termasuk hal-hal berkaitan penganjuran KALRM dia dibantu rakan-rakan Syarikat H&M Legacy yang bersamanya dari awal hinggalah ke saat konsert kelak.

Selain dihiburkan dengan nyanyian memukau dari keempat-empat lagenda rock bersama aksi pemain gitar terkenal Man Kidal, penonton juga akan dihiburkan oleh persembahan dari penyanyi-penyanyi tempatan.

Orang ramai khasnya peminat-peminat rock lagenda tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan KALRM di Stadium Kompleks Sukan Sandakan pada 7 Mei depan bermula jam 7.30 hingga 10.30 malam.

   
Email Print
   
 
 
E-browse