Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

PPM gagalkan cubaan seludup keluar 18 tong gas di Tawau

20th April, 2016

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup keluar 18 tong gas bernilai RM2,700 di kawasan Laut Tanjung Batu, baru-baru ini, kata Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun.

Menurutnya dalam kenyataan kepada media, sepasukan anggota yang sedang menjalankan tugas Ops Paradise kira-kira jam 9.30 pagi itu terserempak sebuah jongkong dengan juragan warga tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Anggota katanya kemudian bertindak menahan lalu melakukan pemeriksaan dan hasilnya menjumpai kesemua 18 tong gas pelbagai jenama berkenaan di ruang lantai jongkong yang diperiksa itu.

“Jongkong berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Sungai Melayu dengan juragan gagal menunjukkan sebarang dokumen membawa kesemua tong gas itu yang dipercayai cuba diseludup keluar,” katanya.

Jelasnya, juragan itu dan barang rampasan telah dibawa ke Pangkalan PPM untuk tindakan lanjut dengan kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohamad dalam pada itu berkata, ketirisan dan kegiatan penyeludupan barangan ke luar negara tanpa permit dan dokumen sah boleh menyebabkan kerugian dari segi cukai dan kekurangan bekalan tempatan sekiranya tidak dikawal.

Sehubungan itu beliau berharap seluruh lapisan masyarakat memainkan peranan sebagai mata dan telinga seterusnya menyalurkan sebarang maklumat kepada PPM sekiranya mengetahui terdapat kegiatan penyeludupan. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse