Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ponginsomokan kimpin id PRU-14 mositi posimbanon: Zahid Hamidi |  Boos Onggilis kopoinsavat kahansanan mogiboboos id nazatan sompomogunan |  SOGILIT KIHOOGO RM10.9 LIZONG NAGAMU PPM |  K'jaan beri peluang warga emas dalam pembangunan negara, kata Jainab |  Jangan terpengaruh pandangan negatif orang luar: Ellron |  Kesejahteraan keluarga asas pengukuhan negara bangsa: Rosnah |  JPKA Sabah akan wujud jawatankuasa khas bantu pesakit Alzheimer |  Pemimpin akar umbi disaran bantu beri penerangan GST kepada rakyat |  Jalaluddin cadang guna kapal tukar barang di ESSZONE dikaji semula |  Kualiti guru tidak pernah diketepikan, kata Sapawi |  CUBAAN SELUDUP ROKOK NILAI RM10.9j DIPATAHKAN |  Rodgers: Liverpool have gone backwards |  Sabah to stage nation’s first ever AFC Level II Futsal Coaching Course |  Artistic gymnastics set to reach new heights |  Patron's Cup elevated into charity event | 
 BM

Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya

12th February, 2012

PENAMPANG: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Tan Sri Bernard Dompok menyeru lebih banyak pihak terutamanya pertubuhan Kada- zandusun di negeri ini ber- giat aktif memperjuangkan budaya dan bahasa Kada- zandusun bagi memartabatkan bahasa itu.

Beliau berkata, walaupun bahasa ibunda itu tidak digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan bahasa perniagaan namun ia harus dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman.

“Sekiranya tiada usaha memartabatkan bahasa ibunda, kita bimbang suatu hari nanti ia hilang ditelan zaman dan tidak dapat diwarisi generasi akan datang kerana generasi muda kini lebih gemar berturut dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

“Tidak dapat dinafikan bahawa, bahasa-bahasa lain seperti Melayu, Inggeris dan Cina digunapakai dalam urusan bank, urusan rasmi kerajaan dan menjadi bahasa perniagaan, berbanding bahasa ibunda yang hanya digunapakai di pasar-pasar namun kita harus memulihara dan mempertahankan bahasa ibunda masing-masing kerana bahasa itu hidup yang melambangkan budaya kita.

“Ini kerana mati dan hidup bahasa kita bergantung kepada sejauhmana masyarakat kita sebagai penutur jati dan pemilik membudayakan penggunaan dan pengamalan bahasa Kadazandusun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Penggunaan Kalendar Bahasa Kada- zandusun Peringkat Negeri Sabah di SK Putaton Inobong, Penampang, di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pega- wai Eksekutif Kadazan Dusun Language and Cultural Centre (KDLC) yang juga penyelidik dan penulis Kalendar Kada- zandusun Dr.Rosalyn Gelunu, Ketua Unit Bahasa Kadazandusun Sektor Pengurusan Aka- demik Jabatan Pendidikan Negeri Sitiamah Sahat, Pegawai Bahasa Pendidikan Daerah Penampang Suzana Cosmas dan Guru Besar SK Putaton Ramlee Ghaffar.

Dompok berkata, bahasa dan budaya sesuatu bangsa sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan masya- rakat yang mengamalkannya.

“Oleh itu, kita sebagai pemilik budaya dan penutur bahasa harus berusaha untuk memajukan bahasa dan budaya kita sendiri,” katanya.

Beliau berbangga dengan usaha untuk menghasilkan Kalendar Kadazandusun yang akan menjadi sumber rujukan penting bagi memperluaskan penggunaan bahasa Kadazandusun.

Kalendar Kadazandusun melambangkan ketamadunan yang menjadi kebangaan masyarakat Dusunik di Sabah, kerana ia bukan setakat pada fungsinya sebagai panduan pengiraan hari tetapi nilai-nilai murni masyarakat menjadi asas pembinaan kalendar serta pematuhannya sejak turun temurun.

Kalendar ini yang berkonsepkan Kalendar Ilmu disusun dengan menyelitkan maklumat berbentuk teks dan gambar berkaitan budaya dan bahasa masyarakat Dusunik dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Kadazandusun.

Ini adalah sumbangan kepada usaha pelestarian dan pemartabatan bahasa dan budaya bangsa Dusun dan sub-etniknya yang merupakan sebahagian daripada khazanah warisan dunia.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline