Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Asian shares mostly up in quiet trade |  Naangayan susumikul mimpau po nogi’ di sokodung do molohing |  Pomilian Unduk Ngadau Tuaran pohoroon id Lintuhun Tun Hamdan Tamparuli do baino' |  KPDNKK akan wujud 60 KR1M di seluruh negara tahun ini |  Hanya 10 peratus berhenti merokok selepas jalani pemulihan: Dr Laila Nor |  Ahmad Shabery gesa pengguna media sosial henti sebar, kongsi gambar ngeri |  BAPA, ANAK RENTUNG |  Fans’ chance to meet Sabah’s star players |  Junior golfers rub shoulders with professionals |  Norwich obstacle for high-riding Liverpool |  Captain not at helm of capsized S Korea ferry |  Philippines' Easter crucifixions |  Vietnam battles measles outbreak |  MH370 search to be most costly ever at $100 mln: Analysts |  Home renovation ideas at HOMEDEC | 
 BM

60 peratus kilang sawit buang sisa, toksik ke sungai

13th November, 2011

TAWAU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah mendedahkan bahawa hampir 60 peratus kilang-kilang sawit di negeri ini didapati membuang sisa kilang dan toksik mereka ke dalam sungai.

Pembantu Menterinya, Datuk Bolkiah Ismail berkata, keadaan itu disifatkannya sebagai sesuatu yang serius kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar khususnya mencemarkan sungai-sungai yang terlibat.

Setakat ini, katanya, dua kilang minyak sawit di Sandakan sudahpun dikenakan kompoun tidak melebihi RM20,000 kerana membuang sisa kilang ke dalam Sungai Segaliud.

Pelupusan sisa kilang secara konvensional sedemikian ujarnya perlu dihentikan segera dan setiap prosedur bagi melupuskan sisa kilang hendaklah dipatuhi, meskipun ia melibatkan kos yang tinggi.

“Tapi Alhamdulillah kita telahpun mengenal pasti kilang-kilang (yang terlibat) ini dan dengan penguakuasaan yang lebih rapi, Insya-Allah masalah ini dapat diatasi secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga katanya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menangani isu pencemaran yang disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa petrol dan minyak hitam.

Penguatkuasaan akan lebih dipergiatkan katanya terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas merasmikan Kempen Sehari Tanpa Plastik, yang diadakan di Kompleks Membeli-Belah Eastern Plaza di sini, kelmarin.

Menyentuh program itu, beliau menyeru para pengguna dan pengusaha-pengusaha perniagaan agar berusaha mengurangkan pengunaan beg plastik di dalam urusan seharian mereka.

Berdasarkan kajian pada 2006, setiap individu di negara ini katanya menggunakan kira-kira 75 kilogram setahun dan perkara itu boleh menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar.

“Kita menyarankan agar penggunaan beg kapas dan beg kertas lebih diperluaskan. Jika tiada pilihan, gunakanlah beg plastik yang mesra alam dan boleh kitar semula,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa setiap plastik memerlukan masa kira-kira 500 hingga 1,000 tahun untuk dilupuskan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan beg kitar semula kepada beberapa badan bukan kerajaan di daerah ini.

Hadir sama ialah Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakob.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline