Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Kitingan: Najib is PM for all M’sians, not just Malays |  PUMM – ‘Best platform for business venture’ |  Call for better understanding of GST in Sabah |  Foreigners jailed for assault |  MMEA seizes local vessel for fishing license violation |  Matthewpaul Tours & Travel announces lucky draw winner |  STA calls for more tourism development to interior reaches |  Mayor denies agreeing to CPS review |  Society needs to assume more proactive role in fight against drug abuse |  Lack of school facilities, amenities not a hindrance for two rural SPM students |  More SPM students in Sabah get full cert this year |  Worth all the pain, says school sportsman |  SM All Saints STPM top achievers eyeing to further their studies at local universities |  Practise prudent spending – Musa |  Keningau demolish Kota Belud with five-goal second-half show | 
 BM

WANITA MATI DITIKAM

300911-lead-1b
LOKASI KEJADIAN... anggota polis sedang memeriksa lokasi kejadian tikam itu berlaku kelmarin.

30th September, 2011

KENINGAU: Seorang wanita tempatan mati ditikam seorang lelaki sementara seorang pegawai polis cedera dalam satu kejadian di salah sebuah taman perumahan dekat ini kira-kira jam 4.40 pagi pada Khamis (kelmarin).

Wanita berusia 27 tahun dan berasal dari Kampung Banjar, Keningau itu disahkan meninggal dunia di Hospital Keningau akibat tikaman di bahagian dada.

Sementara itu, mangsa kedua, seorang pegawai polis berusia 29 tahun yang berkhidmat di IPD di sini cedera di bahagian belakang, kaki dan bahunya akibat ditikam oleh suspek sedang dirawat di Hospital Keningau.

Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Haji Hamza Taib berkata, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa kedua, iaitu pegawai polis berkenaan telah menerima panggilan telefon dari mangsa yang meminta bantuan daripadanya.

“Selepas menerima panggilan pegawai polis berkenaan bergegas ke tempat kejadian, dan mendapati pintu rumah mangsa dalam keadaan terbuka,” katanya dalam sidang media di IPD di sini kelmarin.

Katanya, semasa pegawai polis berkenaan menghampiri pintu rumah berkenaan, beliau melihat mangsa bergelut dengan suspek, yang pada ketika itu sedang memegang sebilah senjata tajam dipercayai pisau.

Dalam keadaan kelam-kabut katanya, pegawai polis berkenaan turut terlibat dalam pergelutan dengan suspek menyebabkan ia ditikam beberapa kali di bahagian belakang, kaki dan bahunya.

Katanya, sebelum suspek melarikan diri, pegawai polis yang dalam keadaan cedera ekoran pergelutan itu sempat melihat suspek menikam mangsa di badan sekali.

Pegawai polis berkenaan kemudian meminta bantuan di balai polis sebelum dikejarkan ke hospital Keningau untuk rawatan kecemasan.

Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mamah dan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Zahari Mohamed, Hamza berkata polis belum membuat sebarang tangkapan.

Walau bagaimanapun, beliau menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes berkenaan supaya tampil memberikan maklumat dan menghubungi Ketua Siasatan Jenayah Keningau, ASP Lee Nyuk Kim di nombor 0168625302.

Katanya, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 302 dan 394 Kanun Keseksaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline