Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Rombakan kecil dalam AMT Pertisa

070416-pertisa1-12
ANTARA Ahli Pertisa baharu dan lama yang hadir pada EGM tersebut baru-baru ini.

7th April, 2016

OLEH JOANES ROBERT JOHNNY (joanes@newsabahtimes.com.my)

MESYUARAT Agung Luarbiasa (EGM) Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) menyaksikan beberapa pertukaran dalam jawatan Ahli Majlis Tertingginya (AMT) tahun ini.

Ahli-ahli Pertisa yang hadir telah sebulat suara memilih Ezani MES sebagai Naib Presiden (Keahlian) yang baharu manakala Freddy Harmthon kini memegang jawatan Naib Presiden (Kewangan).

Kedua-dua mereka masing-masing akan menggantikan dua artis veteran, Simon Bukag (Kewangan) dan Julius Gudok (Keahlian).

Pada mesyuarat itu juga, turut dibuat lantikan baharu bagi mengaktfikan lagi beberapa jawatan kuasa yang dilihat mempunyai keperluan tertentu.

Menurut Presiden Pertisa, Narsisius Justin Misin, pertukaran itu dibuat berikutan penarikan diri pemegang jawatan tersebut sebelum ini yang memilih untuk tidak menyambung khidmat mereka bagi memberi peluang kepada ahli lain yang berpotensi, selain disebabkan kekangan masa bekerja.

“Kedua-dua pemegang jawatan Naib Presiden itu sebelum ini telah banyak memberi kerja sama yang baik dan penuh berjasa kepada Pertisa,”.

“Namun kita juga akur dengan keputusan mereka untuk mengundur diri daripada jawatan itu, walau bagaimanapun mereka kekal sebagai ahli yang aktif,” kata Narsisius.

Justeru, Narsisius berharap agar dua orang ahli yang dipilih itu nanti akan dapat meneruskan kesinambungan khidmat terbaik sebagai Naib Presiden bagi membantu dalam aspek Kewangan dan Keahlian Pertisa.

Katanya, pada penganjuran program Bengkel Pengadilan Nyanyian Solo/Koir, Penilaian Lagu Di RTM, Protokol dan Persembahan di Chanteek Borneo Gallery, Tamparuli baru-baru ini, beberapa ahli baharu juga telah menyertai Pertisa dan turut hadir dalam EGM tahun ini.

“Ini merupakan suatu perkembangan yang amat baik kepada Pertisa kerana melalui pertambahan jumlah ahli ini juga, lebih banyak idea atau percambahan pendapat dalam persatuan terawal di Sabah ini kelak,” ujar Narsisius.

Bercakap mengenai bengkel yang diadakan baru-baru ini, Narsisius berharap agar semua input berguna daripada program berkenaan dapat dimanfaatkan dan diterapkan oleh para artis di dalam mana-mana program hiburan terutamanya yang memerlukan khidmat juri atau pengadil.

“Sesuai dengan objektifnya, iaitu memberi pendedahan membuat pengadilan yang betul dan sistematik, melahirkan pengadil berdaya maju, adil dan berkualiti, saya percaya semua itu sudah ada di dalam diri setiap peserta kita lebih kurang 60 orang kesemuanya,” ujar Narsisius.

Program bengkel tersebut diketuai oleh bahagian Aktiviti melalui Biro Latihan dan Pembangunan Pertisa di bawah kelolaan guru muzik yang juga ahli kumpulan Popimasi (Papier Mache), James Juanis.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertisa yang juga merupakan orang bertanggungjawab menubuhkan persatuan tersebut sehingga berjaya didaftarkan pada tahun 2003, LP Raphiel Pinus, turut berharap segala perancangan yang dibuat Pertisa akan terlaksana dengan jayanya tahun ini dan tahun-tahun seterusnya nanti.

“Pertisa kini sedang menyusun semula senarai keahliannya di samping berusaha untuk membuat kad keahlian beserta dengan keistimewaannya kepada pemegang kad (ahli Pertisa sahaja) itu.

Antara aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Pertisa selepas ini adalah seperti Fasa 2 Bengkel Pengadilan, lawatan ke pejabat Music Author’s Copyright Protection (MACP), program Merdeka Raya Pertisa dan banyak lagi.

Seramai 30 ahli Pertisa yang hadir pada mesyuarat berkenaan termasuk juga beberapa penggiat seni yang baru sahaja menjadi ahli.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Naib Presiden (Pentadbiran), Ronney Sigoh, Naib Presiden (Aktiviti), Guadik Ansiw, Setiausaha Pertisa, Clarice Sipanul dan Bendahari Pertisa, Jeberend Ambang.

   
Email Print
   
 
 
E-browse