Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ensearch pinopoingkavas toihaan kokomoi ponguhudan sandad posoihi |  Komontilian Kotundaan Habus Kakadazan Sabah pinapaanjul 45 tudon Abaabazan Mesej |  CPI rose 3.5% to 109.9 in March |  IFCA, SHAREDA to hold special GST workshop |  Rising middle class to drive automotive demand in Malaysia |  FM Autohaus launches new third generation MINI Cooper and MINI Cooper S in Sabah |  Jawatankuasa Khas ditubuh tangani masalah pembeli rumah apabila GST dilaksana |  Yahya: Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Menggatal akan diteruskan |  1,277 KM JALAN LUAR BANDAR SUDAH DIBINA |  Duo win doubles golf tourney by two strokes |  Cebagoo suffer first home defeat |  RM1.5m to upgrade rural football fields in Sabah |  Two-bronze show |  Boston remembers marathon victims one year on |  Putin warns Ukraine on brink of civil war as Kiev sends army in | 
 BM

Sertai program bantuan tanam getah Risda: Ewon

22nd March, 2011

RANAU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Ewon Ebin menyeru para pekebun kecil getah supaya mendapatkan bantuan percuma program penanaman getah yang sedang giat dijalankan oleh Risda di seluruh negeri.

Menurut beliau, atas kesedaran bahawa Lembaga Industri getah Sabah (LIGS) masih belum cukup untuk memberikan bantuan sepenuhnya kepada penanam getah, kabinet telah membenarkan Risda beroperasi di negeri ini.

Katanya, dengan kehadiran Risda yang terbukti mempunyai sistem penanaman getah yang terbaik, diharap dapat membantu Ligs teutamanya dalam program tanam semula getah yang sudah tua bagi membantu kerajaan membasmi kemiskinan negeri ini.

Oleh kerana bantuan itu diberi percuma maka peluang tersebut harus tidak disia-siakan tegasnya, ketika berucap merasmikan majlis taklimat dan dialog Risda kepada Pengerusi Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKK) Paginatan di dewan Latihan Jabatan Pertanian dekat sini.

Pada taklimat itu, Pengarah Risda Negeri Sabah Hj Omar Hj Hassan berkata, bantuan bernilai RM14 ribu akan diberikan kepada seorang penanam getah yang mengusahakan tanah seluas satu hektar samada ianya merupakan tanaman baru atau tanam semula.

Menurut beliau, syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan tersebut tertakluk kepada pemohon yang mempunyai geran tanah yang sah atau mempunyai getah tua yang berturis dan merupakan warganegara Malaysia.

Walau bagaimanapun jumlah Rm14 ribu itu tidak akan diberi kepada pemohon sekaligus tetapi dalam bentuk ansuran yang merangkumi pemberian bibit, baja, kos operasi lain serta wang tunai selebihnya apabila operasi penanaman selesai.

Katanya lagi, melalui Risda bantuan tersebut boleh dipohon oleh pekebun kecil secara individu berbeza dengan bantuan dari Ligs yang perlu dibuat secara berkelompok dan diusahakan bersama sehingga pokok tersebut dapat mengeluarkan hasil.

Bagaimanapun, Risda juga akan terus memantau operasi pekebun berkenaan termasuk mencadangkan klon-klon getah yang sesuai sehinggalah mereka boleh menorah getah itu dalam masa sekurang-kurangnya 4 ½ tahun dimana pokok itu mempunyai ukurlilit 18 inci, tegasnya.

Apa yang penting, penduduk yang berminat hanya perlu menyediakan tanah dahulu sebelum diberikan bibit untuk ditanam. Kursus khas bagi mereka yang berhasrat menanam semula getah juga akan diberikan Risda, tambahnya.

Pada majlis yang dihadiri 120 pengerusi JKK itu, Ewon turut menasihati mereka supaya menghebahkan peluang berkenaan kepada seluruh masyarakat di tempat masing-masing untuk menyertai peluang keemasan itu memandangkan industri getah masa kini memberikan pendapatan lumayan.

Turut hadir pada majlis itu pegawai pertanian Rodius Timbuong, Pemimpin Kemajuan Rakyat Paginatan Jefrin Majangki (pengerusi penganjur), Pegawai Risda Kota Belud Ronny Pasla, Setiausaha Politik Kementerian Japirin Sahadi dan pemimpin-pemimpin kerajaan daerah Ranau.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline