Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Pakalaja polinta mositi kisinoou om maganu haang id habus koubasanan popoimbuhai sinoou obinsupu |  PPM Lahad Datu minomogundop ponginaman mogohimu humabus binjin |  RM92 LIZONG PINOOBI MONTOK KAGANAPAN OM KAKAMOT LOGISTIK PDRM DI TOUN NAKATAHIB |  KWPS ingatkan ahli tidak terbabit penipuan pengeluaran |  Lebih 5,000 syarikat di Sabah berdaftar CBP |  Kerajaan peruntuk RM92j untuk PDRM mantapkan tugasan |  Batu Sumpah bukan boleh dibuat sesuka hati |  Penekanan integriti berjaya transformasi negara, kata Azmi |  MARA sedia peruntukan RM1.35 juta latih usahawan Sabah |  RCI akan kemuka laporan siasatannya tidak lama lagi, kata Ahmad Zahid |  KONSPIRASI DAN KEKHILAFAN DALAM ANALISIS DNA: PEMBELA |  Garcia, Reed to face off in CIMB Classic |  M’sia clinch inaugural AFF Beach Soccer title |  Over 100 golfers set to participate |  Swimmers splash to 14 gold medals | 
 BM

30,000 guru akan ikuti Program Pensiswazahan

16th March, 2011

KOTA KINABALU: Hampir 30,000 guru sekolah rendah dan menengah akan mengikuti Program Pensiswazahan Guru di beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara tahun ini.

Ketua Urusetia Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia Ibrahim Haji Ismail berkata, program itu adalah salah satu inisiatif kementerian bagi memastikan semua guru sekolah menengah dan sekurang-kurangnya 50 peratus guru sekolah rendah berijazah.

“Program ini akan diteruskan sehingga tahun hadapan dan dianggarkan 60,000 guru akan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian dalam pelbagai bidang mata pelajaran kritikal sama ada sekolah rendah atau menengah.

“Kita memberikan peluang kepada guru-guru yang memiliki diploma dan sijil perguruan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah secara percuma iaitu ditanggung oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat pada majlis Pendaftaran Pelajar Sarjana Muda Pengajaran Ambilan 2011, Open Universiti Malaysia (OUM), di Wisma Pertanian, di sini, kelmarin.

Turut hadir Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr.Mansor Fadzil dan Pengarah Pusat Pembelajaran Sabah, OUM Lamjin Atoh.

Seramai 714 calon di Sabah dan 62 orang dari Labuan mendaftar untuk mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) BPG di universiti itu bagi sesi Januari 2011.

Ibrahim berkata, selain OUM, Program Pensiswazahan Guru juga ditawarkan kepada institut-institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Pendaftaran pelajar ambilan di Sabah untuk program ini di OUM akan diteruskan di Sandakan dan Keningau, esok,” katanya.

Sementara itu menurut kenyataan yang dikeluarkan OUM, universiti itu mengadakan sesi pendaftaran ambilan khas Semester Januari 2011 bagi Program SMP BPG sehingga 17 Mac ini, di 20 lokasi yang diuruskan oleh pusat-pusat pembelajaran universiti itu di seluruh negara.

Pendaftaran ini adalah khas untuk 5,685 pelajar tajaan BPG yang mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran selama empat tahun. Para pelajar dijadualkan mengikuti pengajian selama 12 semester dari Mac 2011 hingga Disember 2014.

Ambilan khas ini hanya melibatkan program SMP dengan 11 major iaitu Pra Sekolah, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Kemahiran Hidup, Matematik, Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Khas, Pendidikan Seni Visual dan Sains.

Program SMP ini telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengambilan pertama pelajar program Sarjana Muda Pendidikan di OUM ialah pada tahun 2006 dan sehingga kini, hampir 20,000 graduan berjaya meningkatkan kelayakan akademik masing-masing.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline