Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ahal om kobohingkaangan kogompit tana mositi umbanganon: Ronald |  BR1M tanda pilotian polinta id monuhung layat: Yahya |  KOTOINAAN 'FARMASI PANDU LALU' POBUUON POTOTONGKOP POGUN |  Isu dan masalah tanah di Sabah perlu ditangani secara menyeluruh |  Perumahan bagi penduduk Kg Linsuk perlu disedia sebelum penempatan diroboh |  Kerana percaya kata-kata lelaki, wanita 21 tahun jadi mangsa rogol |  Penguatkuasaan Akta Anti Pemerdagangan Orang lemah: Hamisa |  Bobbey: K-sama perlu pastikan program pembangunan rakyat lancar |  Warga emas harap anak kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat |  Dasar gaji minimum harus libatkan semua syarikat: MTUC |  KHIDMAT FARMASI PANDU LALU AKAN DIPERLUASKAN |  Cech: Crisis not over |  United close in on last 16 |  LKIM fishing tourney March 3 |  KB Open final fling for Sukma boxing hopefuls | 
 BM

Projek loji arang batu dibatalkan, hadiah Tahun Baru penduduk Sabah

18th February, 2011

KOTA KINABALU: Lebih 3.3 juta penduduk Sabah kini boleh merasa lega kerana kerajaan akhirnya memutuskan tidak akan membina loji tenaga arang batu di negeri ini.

Keputusan yang telah lama ditunggu-tunggu itu membuktikan konsep 1Malaysia kerajaan memang memberikan keutamaan kepada kepentingan rakyat.

Ketika menyampaikan berita gembira itu semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebuah “kerajaan yang sentiasa mendengar suara dan merasai nadi rakyat”.

Pengumuman itu dibuat tepat pada masanya kerana kerajaan persekutuan dan negeri juga bersetuju menggunakan gas cecair asli (LNG) untuk menjana tenaga dan bukan tenaga yang menggunakan arang batu.

“Ini satu hadiah tahun baru untuk penduduk Sabah. Keputusan ini adalah betul dan ia mencerminkan sensitiviti BN terhadap rungutan penduduk.

“Ia bermakna bahawa Ketua Menteri kita mendengar dan kita dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pastinya mengalu-ngalukan keputusan ini,” kata setiausaha agung PBS Datuk Henrynus Amin kepada Bernama, di sini hari ini.

Untuk ini, beliau mengucapkan tahniah kepada Musa atas keputusan berani beliau untuk membatalkan cadangan projek loji arang batu itu di Lahad Datu bagi kebaikan penduduk.

“Kita percaya bahawa kerajaan negeri mestilah mengambil kira semua faktor ini sebelum membuat keputusan,” kata beliau.

Penganalisis politik tempatan Edward Kandok melihat perkembangan ini sebagai satu lagi kelebihan kepada BN untuk mengukuhkan kedudukannya di Sabah, dengan jolokan nama “simpanan tetap” untuk Barisan Nasional.

“Inilah jenis kerajaan yang kita mahu. Saya percaya majoriti penduduk tempatan bergembira dengan keputusan kerajaan bahawa akhirnya lenyaplah isu loji tenaga arang batu,” kata beliau.

Kandok berkata ini juga menunjukkan bahawa kerajan negeri memang prihatin dan mampu menjuarai untuk kepentingan penduduk Sabah.

Pada September 2009, Najib mengumumkan Felda Sahabat di Lahad Datu adalah tapak cadangan untuk pembinaan loji tenaga arang batu.

Kini, kemampuan bekalan elektrik di pantai timur Sabah adalah 200 megawatt dari loji tenaga berasaskan diesel.

Kumpulan alam sekitar seperti Green Surf membantah pembinaan loji tenaga arang batu, yang mereka anggap sebagai tenaga “kotor” dan menggesa kerajaan membatalkan rancangan itu.

Bagaimanapun, pada Ogos tahun lepas, Jabatan Alam Sekitar telah menolak Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA) untuk projek itu tetapi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dalam Laporan Tahun 2010, menyebut bahawa laporan “DEIA yang dikaji semula akan dikemukakan untuk kajian dan kelulusan” untuk loji 300MW.

Di Sandakan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd yakin keputusan kerajaan beralih kepada penggunaan LNG adalah tepat bagi menjana tenaga di negeri ini.

Beliau yakin penggunaan sumber tenaga itu akan mengatasi masalah kekurangan tenaga elektrik di negeri ini terutama di kawasan pantai timur negeri termasuk di daerah ini bagi menjana pembangunan dan keselesaan rakyat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline