Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
JPJ mongumbangan tikid pogun kivaa himo unit kountol maapanau 1JPJ |  Taap do iso blok hinominon sikul SK Kemabong notihib id kinaantakan ibut tohogod |  POLINTA KAHANSANAN MOMO’UANG KOPOOBIAN |  Konvoi 1Malaysia H.O.G pulihkan keyakinan pelancong mengenai tahap keselamatan Pantai Timur Sabah |  SPA terima 1.4 juta permohonan antara tempoh Jan-Ogos |  PPM tahan tiga PATI menyusup masuk perairan di Tawau |  Siaran langsung kira undi PRK belum sesuai dilakukan: SPR |  Kekuatan Umno hasil rangka kerja wanita |  Kerajaan diharap tambah peruntukan pembangunan luar bandar di Sabah |  DUA PANGKALAN HADAPAN PERAIRAN SABAH SIAP APRIL 2015 |  Papar dismantle Kemabong |  Super cool Teo dethrones Rasid |  Sabah Eagles furious over rival’s ineligible players |  Unexpected silver |  70,000 Syrian Kurds flee into Turkey | 
 BM

Etnik Sungai pengaruhi lokasi sungai utama

0102-rencana-9c
PAKAIAN Etnik Dusun Subpan yang dibiasanya dipakai ketika tarian mengalai atau gabiluk.

6th February, 2011

ETNIK Sungai kebanyakannya terdapat di daerah Sugut, Kinabatagan, Lahad Datu dan daerah Beluran Sandakan. Terdapat juga sebahagiannya di daerah Kudat dan Pitas.

Taburan penempatan etnik ini dipengaruhi lokasi sungai utama yang terdapat di negeri Sabah. Dipercayai etnik Sungai ini mendiami kawasan pinggir sungai pada awal kewujudannya kerana sungai adalah sumber ekonomi utama masyarakat ini. Akhirnya mereka juga dikenali sebagai orang sungai.

Etnik ini juga mempunyai adat istiadat yang sedikit berbeza dengan masyarakat lain di Sabah. Misalnya upacara merisik calon isteri mereka dikenali sebagai mogsihir. Kemudian mereka juga ada upacara meminang yang dipanggil mukaunan, upacara buka mulut yang dipanggil sungkit kobang dan upacara naik pengantin yang dipanggil mindakod pongantin.

Pakaian tradisi masyarakat ini banyak tertumpu kepada pakaian semasa upacara perkahwinan di mana pakaian kedua pengantin biasanya dipilih daripada kain jenis satin baldu satu warna penuh tanpa corak. Dihiasi dengan pelbagai aksesori disulam dengan hiasan benang warna-warni. Pakaian tradisi juga biasa digunakan untuk tarian tradisi Bangsa Sungai seperti tarian titikas, manumpas dan lain-lain.

Fesyen potongan baju pengantin lelaki adalah seakan-akan dengan baju perempuan dihias dengan benang warna-warni dan lengan baju lebar. Potongan seluar lebar di bahagian pinggang dan panjangnya melepasi paras buku lali, bahagian hujung seluar besar lebar dipanggil kentiau.

Bagi pemuzik tradisi lelaki, mereka mengenakan pakaian yang mempunyai reka bentuk hampir sama dengan baju tradisi etnik Suluk, di mana seluarnya lebar di bahagian atas (pinggang) atau disebut kentiu dan dilipat apabila memakainya dengan dililit oleh kain sebagai tali pengikat pinggang (tali pinggang).

Busana kaum lelaki etnik ini pula, baju mereka mesti mempunyi corak yang dikhaskan seperti guntar, aaluu, raami dan katam. Semua corak ini juga berkaitan dengan padi. Mereka juga memakai perhiasan kepala atau sigar yang diperbuat daripada kain dan berbentuk seperti tanjak.

Terdapat juga pakaian tradisi untuk kaum wanita yang dikenakan kepada para pemain muzik tradisi etnik ini khususnya dan kebiasaannya diperbuat daripada kain jenis baldu atau satin dan direka mengikut potongan ala baju kurung dengan lengan baju lebar di bahagian bawah. Biasanya warna yang dipilih ialah warna hitam tetapi sering juga bertukar kepada warna lain mengikut kesesuaian majlis.

Walaupun, tidak ada maklumat lengkap tentang busana tradisi sebenar etnik ini, tetapi adalah dipercayai bagi kaum wanita baju mereka mesti mempunyai beberapa corak yang dikhaskan. Sebagai contoh corak yang dipanggil aadu bambarayon atau aadu pansiangan, corak tulah, corak lilibu,corak paroi dan corak pengarah. Kesemua corak ini berkaitan dengan padi. Kaum wanita etnik Sungai ini juga memakai kain tudung dengan sulaman benang berwarna-warni.

Sementara itu, Etnik Dusun Subpan kampong Segama, Lahad Datu kebanyakan tinggal di bahagian Bandar Lahad Datu dan memang anak watan negeri Sabah. Nenek moyang mereka sudah menetap di kampung Ulu Segama, Lahad Datu sejak dahulu lagi. Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah dan asal usul etnik ini tetapi mereka juga mempunyai busana tradisi sendiri terutama untuk pasangan pengantin dan tarian etnik ini.

Bagi pengantin lelaki mereka mengenakan atau memakai topi atau hiasan kepala dipanggil sigar. Mereka juga disolek di bahagian muka dengan hiasan muka dipanggil bantis. Baju yang dipakai dipanggil piakawan, sementara seluar atau selana yang mereka pakai dipanggil siduwor raragu.

Pengantin lelaki etnik ini juga mengenakan sapu tangan yang dipanggil limbayong dan tali pinggang yang diperbuat daripada kain yang dipanggil kain ikat pinggang atau kandit. Kaum lelaki juga memakai tudung yang menutupi muka ketika bersanding. Selepas lebih kurang 10 minit, keluarga pengantin lelaki datang membuka tudung tersebut. Tetapi sebelum itu, dikehendaki membayar sebanyak RM25.

Bagi pengantin wanita selain daripada melalui upacara bersolek atau hiasan muka yang dipanggil biti, bantis dan ayok, mereka juga dihias di bahagian kepala dipanggil rampih, sudai mas dan titimpok. Baju pengantin perempuan biasanya dipanggil maiglap di mana di bahagian dadanya dihiasi kancing mas atau kurusang.

Bahagian leher pula dihiasi alat perhiasan dipanggil pukol manik atau pukolmas. Untuk aksesori di bahagian telinga mereka mengenakan anting-anting atau liningkung atau bahag. Sementara untuk hiasan di bahagian bawah, meereka mengenakan kain yangh dipanggil bailag pelikat. Mereka juga mengenakan sapu tangan yang dipanggil limbayong.

Pakaian untuk upacara tarisan mengalai atau gabiluk pula, kaum wanitanya akan memakai tali pinggang besi yang dipanggil kambot, skirt yang dipanggil ku’un. Sementara kaum lelaki pula tiada perubahan. Wanita juga mereka memakai topi yang dipanggil tagaih dan diperbuat daripada rotan dan daun nipah serta dihias dengan kain merah dan labuci.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline