Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Ponginsomokan kimpin id PRU-14 mositi posimbanon: Zahid Hamidi |  Boos Onggilis kopoinsavat kahansanan mogiboboos id nazatan sompomogunan |  SOGILIT KIHOOGO RM10.9 LIZONG NAGAMU PPM |  K'jaan beri peluang warga emas dalam pembangunan negara, kata Jainab |  Jangan terpengaruh pandangan negatif orang luar: Ellron |  Kesejahteraan keluarga asas pengukuhan negara bangsa: Rosnah |  JPKA Sabah akan wujud jawatankuasa khas bantu pesakit Alzheimer |  Pemimpin akar umbi disaran bantu beri penerangan GST kepada rakyat |  Jalaluddin cadang guna kapal tukar barang di ESSZONE dikaji semula |  Kualiti guru tidak pernah diketepikan, kata Sapawi |  CUBAAN SELUDUP ROKOK NILAI RM10.9j DIPATAHKAN |  Rodgers: Liverpool have gone backwards |  Sabah to stage nation’s first ever AFC Level II Futsal Coaching Course |  Artistic gymnastics set to reach new heights |  Patron's Cup elevated into charity event | 
 BM

Bangunan SK Pekan Ranau uzur, sistem parit tidak sistematik

1st November, 2010

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan di sini yang terletak setengah kilometer dari pekan Ranau, kini bukan sahaja berhadapan dengan masalah fizikal bangunan yang sudah uzur, malah bertambah rumit apabila air dari parit di antara blok bangunan sekolah mengalir hingga ke lantai bilik darjah pada setiap kali hujan turun.

Ini berikutan perparitan yang tidak sistematik mengganggu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid.

Mendedahkan masalah itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP. PIBG) sekolah berkenaan, Ustaz Mohd. Hainin Abdullah (gambar kecil) memberitahu, yang pihaknya sudah beberapa kali mengajukannya kepada pihak yang berkenaan, namun belum ada tindakan positif setakat ini.

“Kita merayu kepada kementerian dan Jabatan yang berkaitan, supaya memproses dengan kadar segara permohonan pembinaan bangunan baru di sekolah ini demi keselesaan dan keselamatan anak-anak pelajar di sini,” kata Mohd.Hainin ketika menghubungi New Sabah Times kelmarin.

Menurutnya, fizikal bangunan di sekolah itu terutama bangunan kayu yang dibina sejak tahun 70-an dan 80-an, kini semakin uzur ( reput) dimamah usia amat berbahaya kepada murid-murid.

Tambahan katanya sistem perparitan di antara blok bangunan sekolah berkenaan sentiasa mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan ketika musim kemarau manakalah musim tengkujuh pula air akan mengalir deras sampai ke lantai bilik darjah menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu murid-murid belajar.

“Saya bersama para ibu bapa dan guru-guru amat risau serta berasa bimbang dengan masalah ini. Dengan sebab itu saya mewakili mereka, merayu dan memohon kepada pihak Kementerian Pelajaran agar dapat menyediakan peruntukan secukupnya dan menyegerakan pembinaan bangunan baru di sekolah ini,” kata Mohd.Hainin.

Menurutnya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun membuat pemantauan terhadap setiap blok bangunan sekolah itu dan mendapati hampir semua blok termasuk bilik guru dan dewan tidak lagi selamat digunakan.

Sementara itu Guru Besar SK. Pekan, Mostajah @ Junaidi Bin Dullah, ketika dihubungi memaklumkan, bahawa surat permohonan kepada Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri, telah pun dihantar dan mendapat reaksi positif daripada pihak berkenaan.

Beliau difahamkan bangunan baru di sekolah itu sudahpun dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

“Kita amat mengalu-alukan tindakan positif daripada pihak berkenaan untuk menyegerakan pembinaan bangunan baru di sekolah ini dan kami berhasrat mengadakan satu sidang persekolahan jika bilangan bilik darjah mencukupi,” jelas Mostajah sambil memaklumkan di sekolah itu kini lebih 500 orang murid dan sentiasa bertambah setiap tahun namun pendaftaran kemasukan terpaksa dikurangkan memandangkan bilangan kelasnya yang terhad.

SK. Pekan Ranau merupakan sekolah tertua dan terbesar di daerah Ranau, di mana bangunan pertamanya di dirikan sekitar 1936 dengan peralatan tiang, dinding dan mejanya diperbuat daripada bambu beratapkan daun rumbia, kini beratapkan zink meskipun fizikalnya sudah uzur namun prestasi pembelajaran murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum termasuk keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sentiasa meningkat setiap tahun yang pastinya membanggakan semua pihak.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline