Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah |  Robert nafi tinggalkan StarSabah |  Too early to determine success or failure of KB paddy project – Dr Ronald |  CM hands over 2,300 individual land titles |  Virus break lets Shalin hit pause button - and prepare for restart |  ‘Don’t let them waste away’ |  Back to golfing as State squad prepares for Sukma Games |  Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu |  Climbing Mt Kinabalu in the new normal environment |  All Sabah schools soon to be fully reopened with strict SOPs |  Gibraltar BSN extends Customer Relief Programme |  Tabung Haji records RM1.55 bln investment income in H1 2020 |  Perodua: Myvi 1.3L G (S-Edition) is for Brunei market |  Media Sandakan nakaramit toluod tokop todung om kabang |  Robert Tawik minogolim tuminongkiad do StarSabah | 
 BM

Tiga termasuk PATI miliki syabu ditahan

9th March, 2016

MARUTIN ANSIUNG marutin@newsabahtimes.com.my

KENINGAU: Tiga lelaki terdiri dari dua pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang warga tempatan dicekup polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 29 hingga 43 tahun dicekup dalam satu serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah Taman Perumahan di sini lebih kurang jam 5.45 petang pada Ahad.

Katanya, dalam serbuan itu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sabah memasui rumah tersebut dan mendapati ketiga-tiga suspek berada di ruang tamu.

“Polis kemudian membuat pemeriksaan badan terhadap ketiga-tiga mereka tetapi tidak menjumpai apa-apa dadah berbahaya. Namun pemeriksaan lanjut di ruang tamu sambil disaksikan sendiri oleh ketiga-tiga suspek, polis telah menjumpai satu beg kecil warna hitam bertulisan ‘DANA’ di atas lantai berhampiran ketiga-tiga suspek berada,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut terdapat di dalamnya mengandungi satu paket plastik lutsinar sederhana besar di dalamnya terdapat sembilan paket plastik pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah Syabu, satu paket plastik lutsinar sederhana besar di dalamnya terdapat empat paket plastik pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah Syabu dan satu paket plastik lutsinar sederhana besar di dalamnya terdapat tujuh paket plastik pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah syabu.

Jelasnya, polis merampas dadah dan tangkap ketiga-tiga suspek dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya. Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Ketiga-tiga suspek tahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun, tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali.

Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM 5,000.

   
Email Print