Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Kikis sikap dendam, sebaliknya mantapkan semangat kejiranan: Bung

9th September, 2010

KINABATANGAN: Masyarakat perlu mengikis sikap dendam dan syak wasangka sesama mereka, sebaliknya perlu memantapkan lagi semangat kejiranan, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Katanya, sikap tidak menghormati terhadap sesama sendiri bukan sahaja akan menghalang kepada kemajuan, malah berupaya menghancurkan sesebuah negara.

Justeru, beliau mahu masyarakat terus berusaha mengukuhkan perpaduan dengan menghormati budaya masyarakat lain.

“Dalam zaman globalisasi ini, kita perlu berhadapan dengan pelbagai situasi yang menimbulkan rasa syak wasangka sesama sendiri.

“Sifat dan budaya saling memfitnah perlu dikikis bagi membolehkan kita menjadi umat yang berjaya dan berdaya saing.

“Kita sepatutnya rasa beruntung kerana kita tinggal dalam negara yang aman dan harmoni. Justeru, kita perlu berusaha memelihara perpaduan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Tadarus Al-Quran Al-Qarim dan Berbuka Puasa sempena Program Juara Rakyat anjuran Biro Akhlak dan Agama Umno Kinabatangan di Masjid Daerah, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Jefri Haji Ariffin.

Bung Mokhtar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia turut meminta pemimpin di semua peringkat agar mencari langkah bagi memantapkan lagi umat Islam.

Katanya, penganjuran pelbagai aktiviti berkaitan bidang keagamaan terutama pada bulan Ramadan amat penting dalam usaha menyemarakkan lagi bulan mulia.

Selain ceramah dan Tadarus, program selama dua hari itu turut diisi dengan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan masjid yang berjaya menghimpunkan lebih 200 penduduk di sekitar kawasan itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline