Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

KPDNKK akan pantau premis perniagaan, kata Robin

9th September, 2010

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini akan membuat pemantauan lebih kerap ke atas premis-premis perniagaan bagi memastikan pengusaha tidak menaikkan harga sesuka hati.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK cawangan Sandakan, Robin Emerson berkata, pegawai pemantau harga KPDNKK telah mula menjalankan tinjauan di beberapa pasar sekitar Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

Katanya, pemantauan itu dilaksanakan sejak lima hari lepas dan berlanjutan sehingga 17 September depan.

“Pemantauan ini perlu dijalankan bagi mengelak peniaga menaikkan harga barang kawalan sesuka hati terutama ketika musim perayaan,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Antara barang kawalan itu termasuklah ayam, daging, ikan kembung, kelapa parut dan santan, sayur kobis, cili merah serta telur ayam.

Robin turut memberitahu, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada pelanggan berhubung kenaikan harga atau kekurangan bekalan di pasaran.

Mengenai bekalan gula di pasaran, Robin berkata, bekalan gula masih mencukupi bagi menampung permintaan pengguna di empat daerah berkenaan.

Katanya, pemborong utama di sini masih mempunyai kira-kira 700 tan metrik gula dan dijangka lebih banyak jumlah bekalan akan tiba pada bulan hadapan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline