Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Telefon bimbit antara punca kemalangan, kata Zahari

9th September, 2010

KENINGAU: Polis berkata, ‘telefon bimbit’ umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan.

“Anda yang mendorong kecuaian,” jelas Ketua Polis Keningau DSP Zahari dengan merujuk, perbuatan menjawab SMS (sistem pesanan ringkas) ketika memandu salah satu punca berlakunya kemalangan.

Zahari mendedahkan kegilaan menjawab SMS dan berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan rakan-rakan melalui telefon bimbit, menjadi satu budaya di kalangan orang ramai pada ketika ini.

Pasangan yang sedang dilamun cinta terdedah kepada risiko kemalangan, memandangkan golongan itu merupakan pelayar laman sosial Facebook paling aktif, di samping pengguna perkhidmatan SMS yang paling tinggi.

Ketika ditemui wartawan secara eksklusif selepas melancarkan Ops Sikap 2010 Daerah Keningau pada Rabu, Zahari menegaskan pemandu yang didapati menjawab SMS atau menghantar SMS ketika memandu, akan dikenakan tindakan yang setimpal.

“Antara tugas pihak keselamatan sepanjang raya ini ialah melakukan pemantauan secara agresif mengenai tingkah laku pemandu di atas jalan,” katanya.

Zahari berkata, pengenalpastian mendapati kecuaian adalah faktor utama berlakunya kemalangan, yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Kerana anda terlalu cuai, anda bakal menjadi pembunuh kepada diri sendiri, orang lain yang tidak berdosa, atau anda dibunuh oleh rakan-rakan pemandu yang berperangai cuai,” jelasnnya.

Zahari menasihatkan orang ramai supaya menanamkan sikap menyayangi diri, dengan mematuhi segala protokol pemanduan yang disyorkan oleh pihak keselamatan.

“Rancang perjalanan anda dengan semaksimanya,” tambah ketua polis itu.

Kepada pemandu yang memiliki kegilaan berinteraksi melalui SMS ketika sedang memandu, Zahari menasihatkan mereka supaya berhenti daripada tabiat merbahaya itu atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang.

“Polis tidak berkompromi,” katanya.

Sementara itu Zahari memberitahu sekurang-kurangnya lima kemalangan berlaku sepanjang bulan Ramadan, melibatkan satu kemalangan maut dan dua kematian.

Beliau mengumumkan laluan Keningau – Apin-Apin – Tambunan dan Keningau – Sook merupakan tumpuan Ops Sikap sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline