Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing

2nd September, 2010

KOTA KINABALU: Akta Persaingan 2010 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2012, di negara ini akan menyumbang kepada pasaran tempatan yang lebih berdaya saing dan efisyen.

Penolong Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd.Aidil Tupari ketika membincangkan ‘Akta Persaingan Malaysia 2010’ menjelaskan, akta itu telah diluluskan oleh Parlimen pada Mei 2010 dan diwartakan pada Jun 2010.

“Akta itu akan membawa harga lebih rendah, lebih banyak pilihan, penyediaan barang dan perkhidmatan berkualiti dan pembangunan produk baru dan lebih baik kepada para pengguna.

“Akta itu penting kerana tanpa persaingan yang sihat, perusahaan tidak akan menitikberatkan pilihan alternatif kepada pengguna. Mereka juga tidak akan mempunyai inisiatif untuk mencari jalan bagi mengurangkan kos atau menerapkan budaya inovasi di dalam perniagaan mereka,” katanya, di Beverly Hotel, di sini, kelmarin.

Akta ini menyediakan satu akta persaingan yang menyeluruh di peringkat kebangsaan yang mencakupi semua sektor ekonomi kecuali amalan antipersaingan yang dikawalselia di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.

“Ia terpakai kepada semua aktiviti komersil di dalam dan luar negara yang mempunyai kesan kepada persaingan di pasaran Malaysia,” katanya.

Mohd Aidil menjelaskan, akta itu bertujuan memastikan persaingan yang sihat wujud di dalam pasaran dan akan merancakkan lagi suasana perdagangan dalam negeri dengan memastikan amalan antipersaingan dapat diatasi dan menjamin hak pengguna secara keseluruhannya.

“Amalan persaingan terbahagi kepada dua larangan utama iaitu perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan,” katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Persaingan akan ditubuhkan untuk mengawasi pelaksanaan undang-undang itu dan menyiasat sebarang amalan antipersaingan dan juga akan diberikuasa untuk mengenakan penalti bagi pelanggaran peruntukan Akta Persaingan.

Katanya, Akta Persaingan mempunyai rangka kerja untuk mengenalpasti dan menangani amalan antipersaingan oleh semua jenis perniagan di negara ini dari syarikat multinasional kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME).

“Ia akan mempromosikan persekitaran pasaran yang berdaya saing dan mewujudkan peluang yang sama rata untuk pemain industri.

“Ini akan menyumbang kepada persekitaran perniagaan yang lebih baik dengan menyediakan perlindungan daripada amalan-amalan antipersaingan di pasaran yang boleh menyebabkan syarikat-syarikat tidak dapat bersaing dan terkeluar dari pasaran.

“Selain itu ia juga akan mengawal persaingan yang tidak sihat dan sekatan perdagangan seperti kartel antarabangsa. Ia akan terpakai bagi mana-mana aktiviti komersil, di dalam dan di luar Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi penggunaan akta ini di luar Malaysia, ia terpakai bagi mana-mana aktiviti komersil yang dijalankan di luar negara tetapi memberi kesan persaingan kepada mana-mana pasaran di dalam negara.

Mohd Aidil berkata, Akta Persaingan akan menguntungkan pengeluar kerana ia akan mengurangkan sekatan kemasukan ke pasaran yang mempromosi keusahawanan dan pertumbuhan SME.

“Amalan persaingan yang sihat akan cenderung untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pembangunan negara dan seterusnya membantu mengurangkan kemiskinan,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline