Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit

2nd September, 2010

KOTA KINABALU: Syarikat-syarikat di Jepun berminat dengan peluang pelaburan di Sabah dan wilayah-wilayah sekitarnya.

“Peningkatan kepentingan Borneo sebagai sumber bagi kelapa sawit dan sumber semulajadi lain, serta penekanannya kepada pemuliharaan merupakan alasan utama kami berada di sini,” kata Hiroki Takaheshi, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Kuala Lumpur, semasa taklimat mengenai kluster industri minyak sawit Lahad Datu (POIC Lahad Datu), di sini, kelmarin.

POIC Lahad Datu sedang dibangunkan oleh POIC Sabah Sdn Bhd, syarikat milik negeri. Ia yang ditubuhkan pada 2005 setakat ini telah mendapat 35 pelabur dengan gabungan pelaburan lebih RM2.5 bilion.

Permeterian perjanjian terbaharu ialah dengan Mewah Group dari Singapura yang melabur RM200 juta untuk membina kilang penapis minyak sawit. Eco Biomass Energy Sdn Bhd milik Korea mengadakan upacara pecah tanah hari ini untuk memulakan kerja di loji dengan kuasa biomas 23mv bernilai RM280 juta untuk menjana tenaga elektrik dan wap.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh POIC Sabah hari ini, Takaheshi mengetuai satu delegasi yang disertai 12 ahli pertubuhan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia Jepun (JACTIM).

Di kalangan delegasi ialah para pegawai daripada syarikat multinasional Jepun seperti Mitsui, Panasonic, Nippon Kaiji Kentei, Sumitomo (diwakili oleh Sumifert) Tokyo Gas dan Toyota Tshusho.

Antara jadual mereka bagi tempoh beberapa hari akan datang termasuklah lawatan ke POIC Lahad Datu, Borneo Biodiversity & Ecosystem Conservation (BBEC, disokong oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun, JICA) dan kemudahan penyelidikan Yanmar Biofuel di Taman Perindustrian Kota Kinabalu.

Pengurus Pemasaran POIC Rose Pun memberi taklimat kepada pengunjung mengenai potensi pelaburan dalam sektor huluan dan hiliran sawit, dan pembinaan kapal serta industri berkaitan.

Beliau berkata pengembangan pesat perladangan sawit di wilayah Indonesia menyebabkan perpindahan besar-besaran pekerja Indonesia dari Sabah.

Oleh itu terdapat keperluan segera bagi penggunaan jentera yang tinggi dalam penuaian sawit, dan ini bermakna potensi perniagaan bagi syarikat yang mereka bentuk mesin, katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline