Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar

2nd September, 2010

TAWAU: Seorang wanita berusia 25 tahun ditemui mati dengan lehernya dijerut wayar, di sebuah bilik di Sabindo pada kira-kira jam 8.10 malam, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata, wanita warganegara Indonesia itu dipercayai dibunuh di antara jam 7.05 malam hingga 8.00 malam, hari yang sama.

Ketika ini katanya pihak polis sudah pun mengumpul bukti-bukti dari tempat kejadian termasuk mengenal-pasti saksi-saksi terlibat.

Seorang suspek lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita percaya kes pembunuhan ini adalah bermotifkan dendam dan cemburu,” kata ACP Ibrahim.

Beliau menambah, mayat wanita itu ditemui berpakaian lengkap manakala barang kemas serta telefon bimbit wanita itu masih berada bersama-sama dengannya.

Ibrahim meminta mereka yang melihat pergerakan individu di antara jam 5.00 petang hingga 8.00 malam, di kawasan kejadian agar segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Maklumat katanya boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat ASP Affandi di talian 089-752222.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline