Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

LDP tetap setia bersama BN: Liew

2nd September, 2010

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun dengan keputusan naib presidennya Datuk Peter Pang En Yin meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan Pang untuk keluar dari parti itu bukan sesuatu yang baru dan sudah menjangka seorang atau dua pemimpin parti itu akan melompat parti berikutan perkembangan politik di Sabah baru-baru ini.

“Seperti biasa kami akan meneruskan perjuangan sebagai parti komponen BN,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Katanya parti itu tetap bersama BN walaupun sebelum ini kehilangan dua bekas pemimpinnya—Tan Sri Liew Yun Fah dan Datuk Kong Hong Ming.

“Oleh tu, persoalan sama ada LDP akan meninggalkan BN tidak timbul sama sekali,” tegasnya.

Pang, yang juga Timbalan ketua Menteri Sabah, kelmarinkeluar dari LDP kerana tidak setuju dengan tindakan parti menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi BN Negeri yang juta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan sebagai berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjsama dengan Musa tetapi akan bekerjasama dengan Umno dan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline