Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Pembangunan infrastruktur terus dapat perhatian melalui pelbagai pakej rangsangan ekonomi

1st September, 2010

KINABATANGAN: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, berkata pembangunan infrastruktur terus mendapat perhatian menerusi pelbagai pakej rangsangan ekonomi pembinaan secara berfasa.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia itu berkata ia termasuk dalam agenda utama pembangunan Parlimen Kinabatangan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

“Kita akan mempastikan agar kemudahan rakyat ini dapat direalisasikan bagi memudahkan rakyat di kawasan pendalaman ini dapat berhubung terutama dalam aktiviti harian termasuk memasarkan produk tani,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis Program Ramadan di Kinabatangan.

Beliau berkata menerusi pakej peruntukan RMK 10, meliputi pembinaan jalan raya kampung Tundon Bohangin, Sukau yang membabitkan kos berjumlah RM32 juta.

Sementara itu katanya pembinaan jalan rayaTongod – Pinangah akan dilaksanakan menerusi 4 pakej peruntukan dari pada Koridor Pembangunan Sabah (SDC), yang berjumlah RM 150 juta.

“Dan 3 pakej lagi yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar melibatkan kos sebanyak 65 juta ringgit untuk kawasan ini,” jelas beliau.

Katanya, turut diberi perhatian pihaknya adalah berusaha melaksanakan projek menaik taraf pembinaan jalan raya dari Tongod ke Pinangah bagi membolehkan masyarakat luar dan bandar sampai ke Kinabatangan.

Bung Moktar berkata, dengan terlaksananya projek kelak, ianya akan memberikan kemudahan jalanraya kepada masyarakat luar Bandar yang bergantung kepada jalan penghubung kampung khususnya dalam menyalurkan semua hasil pertanian kepasaran.

Menurut Bung Moktar lagi pihaknya juga sedang memohon peruntukkan untuk projek-projek jalan kampung yang masih belum tersenarai dalam pakej rangsangan berkenaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline