Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

Konsep kongsi kuasa BN releven dan terbaik

1st September, 2010

BEAUFORT: Konsep perkongsian kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang releven dan terbaik untuk rakyat berbilang kaum berbanding parti pembangkang yang bercita-cita mahu memerintah sendiri.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Haji Ukin berkata jika parti pembangkang di negeri ini juga mahu mengadakan pakatan dengan parti-parti pembangkang dari Semenanjung, rakyat juga sudah tahu menilai tahap kemampuan mereka.

Beliau berkata pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Pelbagai masalah timbul dan tidak mampu diatasi malah kebajikan akyat juga terus diabaikan terutama sekali orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor,” kata Lajim.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada Ibu-ibu tunggal, OKU dan fakir miskin, di Kampung Limbawang anjuran Umno Bahagian Beaufort pada Ahad.

Dalam hubungan ini katanya tidak ada sebab mengapa rakyat perlu menyokong pembangkang yang tidak mampu untuk mentadbir negeri dan negara ini.

Beliau berkata sudah menjadi trend pembangkang yang akan berusaha mengalihkan pandangan rakyat dan sering menghentam kerajaan kononnya apa juga yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak betul dan tidak berfaedah kepada rakyat.

Pada itu, Lajim juga menasihatkan umat Islam di negeri ini akan terus mengukuhkan perpaduan untuk memastikan umat Islam itu kuat.

Lajim yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Sabah (Perkim) berkata umat Islam itu adalah bersaudara dan perlu kembali bersatu kerana ianya adalah merupakan fomula kepada kekuatan Islam dan merupakan tuntutan agama.

“Hari ini ada pihak berusaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan bangsa Melayu oleh itu jika umat Islam alpa dan tidak berwaspada mereka akan mengalami maslaah yang sama seperti yang dihadapi oleh orang-orang Melayu di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline