|
1st September, 2010
TAWAU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Da- tuk V. K Liew kelmarin diminta menjelaskan kenyataan timbalannnya Datuk Chin Su Phin yang tidak lagi boleh be- kerjasama dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata penjelasan Liew perlu bagi menentukan sama ada kenyataan Chin itu merupakan pandangan peri- badi beliau sendiri atau pendirian LDP.
“Jangan jadi parti rojak dengan membiar segala kenyataan yang membabi buta menghentam pengerusi Barisan Nasional (BN). Di manakah setiakawan dan sifat perundingan di meja bulat.
“Tidak wajar beliau (Chin) melahirkan kenyataan yang bo- leh mendatangkan kekeliruan dalam BN. Seharusnya LDP menyokong pemimpin negeri bukan menghentam membabi buta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, Chin dilapor- kan berkata beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman namun tetap setia dengan Barisan Nasional dan akan terus bekerjasama dengan Umno.
Ghapur berkata sekiranya kenyataan berkenaan merupa- kan pandangan peribadi Chin, maka Liew perlu mengambil tindakan tatatertib.
“Semua orang boleh memberi pandangan tetapi biarlah berasas dan bukan kerana rasa tidak puas hati, pucuk pimpinan BN diperkotak katik oleh orang BN sendiri,” kata Ghapur.
|