Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

JANGAN BIARKAN ISU KAUM HANCURKAN SEMUA YANG TELAH DIBINA: NAJIB

1st September, 2010

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Ma- laysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumu- dan serta sikap melampau yang terjelma me- lalui isu-isu perkauman serta agama.

“Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip ma- ta. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada,” kata Per dana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-53 yang akan disambut hari ini.

Beliau berkata sudah tiba giliran generasi se- karang untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, cabaran sebenar rakyat Malaysia hari ini adalah untuk mentrans- formasikan negara supaya menjadi sebuah nega- ra maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ke arah itu, katanya, kerajaan telah mema- sakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk pe- lan transformasi kerajaan (GTP) dan pelan transformasi ekonomi (ETP) sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah matlamat mulia itu.

Menurut Najib, kejayaan mengubah Malay- sia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana, adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan.

“Hasil perasaan tidak mahu berpuas hati terhadap status quo sedia ada dan kesanggupan berubah, pendahulu-pendahulu kita telah membawa Malaysia ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sebagai sebuah negara.

“Hari ini tibalah giliran generasi kita untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi. Persoalannya, beranikah kita untuk memecah tradisi ba- gi mencapai hasil yang melampaui kebiasaan,” kata Perdana Mentei.

Menyingkap perjuangan tokoh-tokoh ternama negara, Najib berkata bapa-bapa kepim- pinan negara tidak pernah berpuas hati untuk menerima keadaan seadanya walau sebesar manapun cabaran yang melanda.

“Mereka sentiasa mendambakan dan ber- usaha ke arah mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara dan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata setiap seorang anak Malaysia adalah penting dan berkemam- puan menyumbang kepada penciptaan kemak- muran dan kesejahteraan nasional dan sudah tiba masanya untuk memanfaatkan sepenuhnya bakat-bakat tempatan yang ada.

“Alangkah ruginya negara jika bakat-bakat yang kita latih dengan segala susah payah, berhijrah bagi mencari padang yang lebih subur, hanya dek kegagalan kita mengadakan persekitaran terbaik untuk mereka menyumbang.

“Ini kerana fenomena globalisasi bukan sahaja menyaksikan pengaliran mudah modal dan teknologi merentas sempadan tetapi juga melibatkan pengaliran bebas modal insan,” katanya.

Najib berkata bagi mencapai matlamat masa depan yang lebih baik, Malaysia mestilah mengekalkan perpaduan nasional yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan selama ini.

Untuk itu, katanya, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum seperti mana terkandung dalam ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara dan termaktub dalam Perlembagaan persekutuan sebagai kontrak sosial nasional.

Najib turut mengingatkan rakyat bahawa kerajaan yang ada amat komited untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan segala instrumen undang-undang dan kekuatan yang ada daripada ancaman dalam mahupun luaran.

“Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kebahagiaan dan di sini- lah dengan takdir Tuhan, kita akan bersema- di,” katanya.

Beliau menyeru warga Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini untuk sama-sama berganding bahu dengan satu tekad untuk menjadikan Malaysia negara yang terbaik.

“Demi masa depan anak-anak kita, kelang- sungan Malaysia mesti dipertahankan. Jangan- lah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.”

“Mudah-mudahan kita mendapat rahmat,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline