Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Songuhun puu pulis kikotumbazaan minonumbuk do sinavaan gison nosinduahan |  SBT tanda kinavas sistom balajalan kiningkokoton sompomogunan |  JPN SABAH PINOPOSOKOT 108 CCTV MONGINTONG SPM OM STPM |  Kehidupan selesa hari ini berkat kegigihan pendidik: kata Dr Joachim |  Generasi muda Sabah perlu berani terokai peluang di luar negara: Ewon |  RM3.3j untuk 44 sekolah, badan keagamaan bukan Islam di Pedalaman Atas |  DBKK berjaya selesai lebih 93 peratus aduan sehingga Okt |  Pemandu bas dipenjara 11 tahun, tiga sebatan rogol remaja OKU |  Kursus untuk JKKK, JKDB mampu tingkat prestasi |  Penjawat awam perlu pastikan kesahihan sesuatu maklumat |  DUA MATI DALAM TEMBAKAN MISTERI |  What’s wrong with crumbling City? |  Disgraced Korean joins fight against match-fixing |  Shahidan won’t contest MAU President post |  Karlberg ahead at CIMB Classic | 
 BM

Rumah Besar Kinarut, lokasi pelancongan di Sabah yang perlu dikunjungi

2908-muzium2-9
BEGINILAH reka bentuk asal Rumah Besar Kinarut sebelum dicerobohi, yang dibina oleh W.F.C Asimont, pengurus pertama ladang.

29th August, 2010

PANORAMA Rumah Besar Kinarut yang terletak di kilometer 25 jalan baru Papar, adalah antara destinasi yang boleh dikunjungi orang ramai.

Tapak bersejarah ini, terletak di atas bukit rendah dengan dikelilingi hutan sekunder dan sebelah kiri ialah jalan menuju ke daerah Papar. Rumah Besar Kinarut ini merupakan salah sebuah rumah batu yang tidak banyak bilangannya di Sabah atau Borneo Utara pada ketika itu.

Rumah yang memperlihatkan bentuk seni bina ‘Greco Roman’ ini pernah di huni oleh Pengurus Ladang Kinarut, yang merupakan seorang rakyat Jerman bernama W.F.C Asimont. Puing rumah besar ini adalah tinggalan rumah yang ditemui oleh SAFODA pada bulan Ogos tahun 1990. Penemunan ini bukan sahaja mendedahkan kisah lama bangunan itu, tetapi juga tapak ladang secara keseluruhan.

Kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri, maka tapak seluas tujuh hektar ini telah diwartakan di kawasan tapak puing rumah berkenaan sebagai tapak bersejarah pada 22 Ogos 1994. Di kawasan tapak ini juga, kita bukan sahaja dapat melihat bekas peninggalan sejarah kegemilangan ladang getah di Kinarut khasnya dan tetapi juga di negeri Sabah amnya. Kawasan ini turut ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yang pelbagai spesis dan mengikut rekod Unit Botani Muzium Sabah, rata-rata tumbuhan yang tumbuh di kawasan tapak itu boleh digunakan sebagai ubat-ubatan, selain boleh menjadi bahan pewarna, pengikat dan sebagainya. Selain itu, kawasan tapak ini antara yang menjadi kegemaran pelbagai spesis burung. Dan kemungkinan disebabkan kawasan ini belum lagi tercemar dari arus pembangunan.

Apa yang menarik apabila berkunjung ke Panorama Rumah Besar Kinarut ini, para pengunjung turut berpeluang mendengar kicuan burung buat seketika sebaik melawat di tapak ini, seolah-olah ia memberi salam kepada para pengunjung ke tapak ini.

Untuk memelihara dan mencantikkan lagi tapak ini daripada di rosakkan ataupun dicerobohi oleh yang tidak bertanggungjawab, pihak Jabatan Muzium Sabah telah menempatkan dua kakitangan untuk menjaganya dan pada masa yang sama juga mereka dipertanggungjawabkan mencatat bilangan pelawat yang melawat ke tapak tersebut sebagai rekod dan rujukan.

Menurut Yunus Awai kaki tangan Jabatan Muzium Sabah yang dipertanggungjawab menjaga dan membersih kawasan tersebut, bilangan pelawat yang datang ke tapak Panorama Rumah Besar Kinarut amat menggalakkan dan boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pelawat yang datang melawat. Kebiasaannya yang paling ramai adalah pada hujung minggu. Kadangkala juga ada beberapa sekolah di sekitarnya mahupun di luar datang ke tapak ini datang untuk membuat kajian. Beliau menafikan bahawa kehadiran pelawat ke tapak tersebut kurang seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini (bukan akhbar New Sabah Times).

“Yang mengatakan bahawa kehadiran pelawat dalam seminggu hanya dua atau tiga kali. Tetapi sebenarnya maklumat yang disampaikan oleh rakan sekerja saya ketika ditanya penulis akhbar itu adalah tidak tepat. Rakan sekerja saya itu ditugaskan di lokasi yang lain dan bukan di kawasan dimana letaknya puing-puing rumah bersejarah yang menjadi tumpuan para pelawat,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pusat informasi yang didirikan di tapak ini masih lagi di tutup buat sementara waktu untuk penambahbaikan termasuklah penambahan maklumat berhubung sejarah rumah besar Kinarut itu. Usaha sedang dipergiatkan dalam memastikan semua kemudahan di tapak berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya demi keselesaan pengunjung nanti.

Untuk menceriakan lagi kawasan itu, baru-baru ini beberapa kakitangan Muzium Sabah dari Kota Kinabalu telah mengadakan satu gotong-royong mendirikan beberapa kemudahan asas seperti pembinaan tandas dan pemasangan tangki. Manakala pemasangan pameran di pusat informasi akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dengan terbukanya pusat informasi itu, ianya akan dapat menambah lagi bilangan pelawat yang datang ke Panorama Rumah Besar Kinarut untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan rumah tersebut khususnya para pelajar, katanya lagi.

Selain daripada itu, di tapak ini juga masih lagi kelihatan tinggalan takungan air manakala jeti masih kelihatan di kawasan yang kini diduduki Sekolah Bina Semangat Kinarut. Justeru ini membuktikan bahawa sejarah kewujudan ladang Kinarut memperlihatkan era perintis tanaman komersil secara besar-besaran pada awal Borneo Utara serta sumbangan syarikat sendirian asing untuk memajukan ekonomi Sabah. Tapak bersejarah yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya disekitarnya telah dibuka kepada orang ramai pada 22 April 1995.

Dalam pada itu, pihak Jabatan Muzium Sabah mengalu-alukan kepada mereka yang belum lagi melawat tapak ini supaya meluangkan masa datang untuk mengetahui lebih jelas lagi tentang rumah berkenaan yang dibuka setiap hari termasuklah hari Sabtu dan Hari Ahad bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline