Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 BM

Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB

31st December, 2020

KOTA KINABALU: Sekumpulan sukarelawan tempatan menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan melalui program “We care, Kita Sayang” kepada seramai 160 keluarga yang terjejas ekoran perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Kg.Mondikot Papar.

Wakil kumpulan sukarelawan Lincoln Martin Idang berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membantu meringankan bebanan penduduk kampung yang terkesan akibat COVID-19.

“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan dan membawa keceriaan kepada para penerima sumbangan.

“Kami akan meneruskan aktiviti kebajikan seumpama ini untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Lincoln turut menyeru semua pihak yang berkemampuan termasuk individu, NGO atau syarikat-syarikat korporat supaya masing-masing melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Kumpulan sukarelawan yang dianggotai ahli-ahli perniagaan, usahawan, kontraktor tempatan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), menyampaikan sumbangan itu di Mondikot Deer Camp, Papar, baru-baru ini.

Kumpulan sukarelawan itu diketuai Datuk Yeo Hock Ching. Turut hadir Pengerusi BSMM Sabah Datuk Asnan Yunus Chung. OLEH NOOR ZAFIRA SHAFIE

   
Email Print