Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 BM

Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan

31st December, 2020

TAWAU: Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hasri ini dilanjutkan sehingga 15 Jan depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan serta Beluran.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, perintah itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

“Maklumat mendedahkan, kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf, masih cuba menceroboh ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan,” katanya lagi.

Hazani berkata, arahan itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan, dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Katanya dalam pada itu, perintah itu juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di ESSZONE mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak, bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung berkenaan.-Bernama

   
Email Print