Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 BM

Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST

31st December, 2020

KENINGAU: Persatuan Wartawan Keningau (KJA), Armada BERSATU Bahagian Keningau dan mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sook, Ramian Ayub ucap penghargaan dan terima kasih kepada New Sabah Times (NST) yang selama ini berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan khususnya di negeri ini.

Bagi Timbalan Presiden KJA, Francis Andin berkata, surat khabar tertua di negeri ini itu merupakan sumber maklumat masyarakat dari dahulu dan kini dan sumbangannya kepada rakyat negeri ini khususnya menyampaikan agenda kerajaan kepada rakyat dan menyuarakan masalah rakyat kepada pemimpin serta pihak berkuasa tidak dinafikan lagi.

“Setinggi penghargaan atas sumbangan sebagai salah satu media cetak antara yang mendapat sambutan masyarakat sebagai akhbar utama pembaca di Sabah sejak ianya beroperasi.

“Sebagai salah seorang yang pernah menyumbangkan bahan di awal pembukaan NST, amat terasa apabila akhbar ini akan mengakhiri operasinya pada tahun 2020 ini dan berharap agar NST akan kembali beroperasi untuk versi akan datang mengikut kesesuaian peredaran masa.

“Sebagai warga media, sangat menghargai seluruh pihak pengurusan NST yang bekerja keras demi menyalurkan maklumat kepada masyarakat termasuklah di Pedalaman,” jelasnya.

Manakala menurut Naib Ketua Armada BERSATU Sabah yang juga Ketua Armada BERSATU Bahagian Keningau, Rafie Robert menghargai jasa dan khidmat bakti NST kepada Armada BERSATU Sabah dan Bahagian Keningau yang sentiasa membantu dan menyokong menghebahkan program-program yang dilaksanakan oleh pihaknya.

Katanya, sesungguhnya penutupan operasi NST satu kehilangan besar buat media massa cetak di Sabah yang mana surat khabar ini telah berbakti kepada rakyat negeri ini dari generasi ke generasi sejak ianya ditubuhkan.

“Semoga NST akan dapat hidup kembali dan menjadi sumber maklumat yang menjadi pilihan rakyat melalui medium media yang sesuai dengan peredaran masa dengan menyalurkan maklumat yang rasmi dan sahih untuk pembaca.

“Ini kerana media New Sabah Times sudah terpahat di hati rakyat negeri ini sebagai sumber maklumat yang dipercayai,” jelasnya.

Sementara itu bagi, Ramian turut mengucapkan terima kasih kepada NST yang telah secara langsung menjadi nadi dan suara rakyat negeri ini sejak ianya ditubuhkan.

“Peranan dan sumbangan NST kepada rakyat amat dihargai dan tidak dinafikan telah banyak membantu rakyat yang dalam kesusahan yang telah disampaikan kepada pihak berkuasa dan pemimpin melalui media cetak ini.

“NST sangat dekat dihati rakyat sebagai penyampai maklumat yang tepat untuk sumber maklumat mereka.

“Saya merupakan antara pembaca tegar NST sehingga kini dan sudah pasti terasa kehilangannya apabila NST sudah tidak beroperasi lagi,” katanya.

Mereka berkata demikian ketika dihubungi pemberita di sini kelmarin.

New Sabah Times yang ditubuhkan pada tahun 1949, tetapi melalui beberapa penjenamaan semula sejak itu, akan melabuhkan tirainya hari ini. -OLEH: RIZALMI LIMAN

   
Email Print