Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 BM

Pati cuba cari pekerjaan di negara ini diusir pulang

30th December, 2020

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Lima pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk seorang kanak-kanak yang cuba masuk ke negara ini untuk mencari pekerjaan ditahan sebelum diusir pulang ke negara asal pada Isnin.

Dalam kenyataan oleh Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) berkata, kejadian tersebut berlaku di sektor OP Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) pada jam 5.30 petang di kawasan Sempadan antara Tawau dan Indonesia.

Menurut kenyataan itu, sepasukan anggota mengesan kesemua Pati berkenaan yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita bersama seorang kanak-kanak perempuan datang dari arah Indonesia sedang menghampiri kawasan ladang kelapa sawit di sempadan Malaysia.

Hasil pemeriksaan mendapati keempat-empat Pati yang ditangkap tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berusia antara 28 hingga 32 tahun dan kanak-kanak berusia 5 tahun yang masuk secara haram.

“Tujuan keempat-empat Pati dewasa yang ditangkap masuk ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di dalam sektor perladangan yang dipercayai dibantu berdasarkan pengalaman masuk kali kedua oleh seorang Pati lelaki yang ditangkap,” katanya.

Kesemua Pati berkenaan kemudian diusir keluar dari Malaysia dengan diiringi oleh anggota ke sempadan Indonesia kira-kira jam 9 malam dengan laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Panglima 5 Briged, Brig Jen Zambery Jefry Darus menyatakan sempadan daratan negeri Sabah yang bersempadan dengan Indonesia sentiasa dikawal ketat oleh pihak tentera dan diperkemaskan lagi melalui kolaborasi OP Benteng yang diterajui oleh National Task Force (NTF).

“Selain daripada menangkap dan mencegah aktiviti rentas sempadan, 5 Briged juga akan memastikan Pati akan ditahan malahan akan diusir keluar bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 tanpa kompromi,” katanya. Beliau turut memberi amaran kepada penduduk tempatan yang bekerja di ladang-ladang supaya tidak menjadi tali barut atau ‘broker’ membawa Pati masuk ke negara ini.

   
Email Print