30th December, 2020
KOTA KINABALU: Polis Sabah bercadang menghalang penjenayah yang disenarai hitam termasuk tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) memasuki negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, cadangan itu turut dikuatkuasakan bagi tindakan pengusiran keluar penjenayah termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara masing-masing.
“Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi memperhalusi cadangan untuk senarai hitamkan semua penjenayah terutama golongan PATI yang melakukan jenayah.
“Sabah mempunyai bidang kuasa Imigresen sendiri dan kita cadangkan pesalah ini dihalau dari Sabah atau menghalang mereka masuk ke negeri ini,” katanya.
|