Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 BM

Calon Warisan gagal cabar majoriti 16 undi BN di DUN Karambunai

30th December, 2020

KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen dikemukakan calon Warisan, Ahmad Jais Otong untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Karambunai.

Ini sekaligus mengekalkan Datuk Yakub Khan daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Adun Karambunai yang memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 16 undi pada 26 Sept lalu.

Keputusan itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Azahari Kamal Ramli menerusi aplikasi Zoom.

Dalam keputusannya, Azahari berkata, pemohon petisyen gagal mematuhi Peraturan 15 (1) Peraturan Petisyen Pilihan Raya, termasuk gagal membuat pemberitahuan kepada responden dengan mengiklankannya di akhbar.

Katanya, pemohon juga gagal menjelaskan secara terperinci dakwaan ketidakpatuhan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh mempengaruhi keputusan DUN itu.

Dalam petisyen itu, Jais menamakan Yakub sebagai responden pertama, manakala pegawai pengurus pilihan raya dan SPR sebagai responden kedua serta ketiga.

Azahari dalam keputusannya turut mengarahkan Jais membayar kos RM20,000 kepada Yakub, serta RM15,000 masing- masing kepada responden kedua dan ketiga.

Yakub yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi diwakili lima peguam, iaitu Rizwandean M Borhan, Saiful Azian Moktar, Reduan Aklee, Faizal Sarbi dan Azhier Farhan Arisin.

Pegawai pengurus pilihan raya dan SPR pula masing-masing diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Arshad dan Iznan Ishak, manakala Jais diwakili peguam Jaikol Situn.

Pada PRN Sabah lalu, Yakub memenangi DUN Karambunai selepas mendapat 5,180 undi dan Jais meraih 5,164 undi. Empat calon lain daripada Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan USNO hilang wang deposit. – FMT

   
Email Print