Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 Sports

'Online' sahaja!

22nd December, 2020

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan penjualan tiket bagi aksi awal Liga Malaysia (Liga M) musim depan hanya akan dilaksanakan menerusi pembelian atas talian atau ‘online’.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan tiada penjualan tiket perlawanan yang akan diadakan di kaunter stadium bagi jumlah awal kapasiti 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton yang dibenarkan kerajaan.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini termasuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 sekiranya penyokong menyerbu kaunter tiket di stadium.

“Antara SOP yang akan kita kemukakan nanti, kita mewajibkan semua tiket dijual secara online dan tiada lagi beratur beli tiket secara fizikal bagi mengelakkan kejadian tidak baik berlaku.

“Sama seperti yang saya katakan, kelonggaran yang diberikan (kerajaan), kita patut bertanggungjawab, jangan kita ambil mudah,” katanya kepada BH Sukan.

Ahad lalu, Ab Ghani menjelaskan peluang dan kepercayaan yang diberikan kerajaan tidak boleh disia-siakan dengan tindakan tegas akan diambil ke atas pasukan sekiranya terdapat penyokong mereka yang melanggar SOP.

Malah, beliau juga dilaporkan berkata jumlah 10 peratus atau maksimum 4,000 penonton yang dibenarkan hanya akan diberikan kepada penyokong di negeri tuan rumah bagi mengelak berlaku rentas negeri besar-besar daripada penyokong pelawat.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan terdapat cadangan daripada penyokong supaya tiket 10 peratus kapasiti penyokong itu diberi keutamaan kepada pemegang pas bermusim atau ahli kelab berdaftar.

Perkara itu bagaimanapun mungkin berada dibawah bidang kuasa pasukan bertanding untuk menentukan kaedah agihan tiket berkenaan.

Beliau turut berharap semua pasukan bertanding bersedia dengan SOP yang akan dikeluarkan dan perlu dilaksanakan di venue masing-masing.

“Terima kasih kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan kerajaan. Ini satu perkembangan yang baik bagi industri sukan terutama bola sepak.

“Paling penting sekarang adalah dari segi penonton itu sendiri, mereka harus berdisiplin mengikut SOP yang ditetapkan. Sekiranya penonton tidak berdisiplin, ada yang berdegil, ada yang duduk rapat, MFL akan mengeluarkan surat amaran kepada pasukan.

“Jika perkara sama tetap berterusan, maka MFL ada hak untuk mengatakan pasukan itu tidak boleh beraksi dengan kehadiran penonton selepas penonton didapati tidak berdisiplin.

“Ini bukan main-main. Ini kes COVID-19 dan kebenaran daripada kerajaan ini kita mesti mengambil secara bertanggungjawab, tidak ambil sambil lewa. Jangan bila terlampau gembira nanti penyokong di stadium buat sesuka hati,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Ahad lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penganjuran sukan tempatan dibenarkan dengan kapasiti penonton 10 peratus atau maksimum 4,000 orang.

Mengulas lanjut, Ab Ghani menjelaskan pemantauan akan dilakukan di setiap venue yang membabitkan aksi Liga M bagi memastikan pematuhan penonton terhadap setiap SOP.

“Saya rasa bukan hanya dipantau oleh MFL sahaja, tapi turut dipantau oleh agensi kerajaan yang terbabit kerana ini keputusan kerajaan dan kerajaan akan memastikan bahawa kelonggaran yang diberikan harus dituruti.

“Sebagai pengendali liga, sudah tentu MFL akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran SOP dan sebagainya. Tapi saya percaya rakyat Malaysia sudah biasa dengan SOP, jadi kebiasaan ini harus dibawa ke dalam stadium,” katanya.

   
Email Print