Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 Leisure

Wirajaya hiking ke Bukit Bendera dan Kinandukan

21st December, 2020

Kelab Wirajaya meneruskan aktiviti riadah dengan mendaki Bukit Bendera di Kampung Suok Dambai Papar kelmarin yang diketuai oleh Haji Muslim Bin Mohd Talib.

Muslim berkata aktiviti seumpama ini bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim malah ianya juga sebagai jambatan perpaduan dan landasan dalam mengeratkan ukhuwah dikalangan warga Wirajaya.

Katanya, semoga dengan adanya aktiviti seumpama ini ianya sekaligus sebagai platform untuk memupuk semangat setiakawan.

“Program ini juga adalah salah satu aktiviti murni yang menampakkan satu elemen penting untuk kita sentiasa sihat sepanjang masa serta dapat beramah mesra atara satu sama lain”, jelasnya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Zul Azman yang telah banyak membantu sepanjang perjalanan. Sementara itu, Ajmain Osman telah terpilih sebagai “Pendaki Terpantas “ dalam aktiviti tersebut diikuti oleh Nordin Ibrahim ditempat kedua dan Lala Kassim ditempat ketiga.

Terdahulu sebelum itu , Kelab Wirajaya juga telah membuat aktivitinya dengan mendaki bukit Kinandukan di Pantai Manis Papar yang diketuai oleh Sahiran Muhjim.

Aktiviti seterusnya Wirajaya akan mendaki Bukit Bendera di Beaufort, Bukit Kukul dan Kepunyit Kepayan.

   
Email Print