Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
E_1
AmBank Islamic introduces Personal Financing-i |  Malaysia's 2021 growth rate expected to be at 6.6 pct – APIB CEO |  Kartel daging: kada’ komoyo’ nasalasai, KPDNHEP amu’ po ‘nokopomoug’ |  42 pain raha’ notimung id Keningau |  Pengguna jalan raya Beaufort ke Sipitang merayu pihak JKR dan pihak kontraktor perbaiki lebuh raya rosak |  Ketika sastera New Sabah Times berikan kita kenangan |  Sukarelawan tempatan sumbang barang makanan kepada 160 keluarga terjejas PKPB |  42 pain darah berjaya dikumpul anjuran Persatuan Jiang Man Wu Yi |  Perintah berkurung di perairan ESSZONE dilanjutkan 15 Jan |  Ucapan terima kasih, penghargaan untuk NST |  COVID-19: Polis adakan sekatan jalan raya di kawasan penempatan UNHCR Labuan |  NEW SABAH TIMES AKHIRI PENERBITAN |  Juliani to spearhead Sabah |  Cataract patient gets back normal eyesight with aid from RCKK Pearl, EyeMedics Specialist Eye Centre |  UMS PhD students shine at international conferences | 
 EDUCATION

PRK maya UMS diadakan 18 Disember

18th December, 2020

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan pilihan raya kampus (PRK) secara dalam talian pada 18 Disember ini bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2020/2021.

Ini termasuk sesi penamaan calon, kempen pilihan raya yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 Disember, sesi pembuangan undi pada 18 Disember dan pengumuman keputusan pada 19 Disember.

Menurut sumber daripada Jawatankuasa PRK UMS, sejumlah 15 calon akan bertanding merebut tujuh kerusi umum di kampus induk UMS, manakala tiga calon akan bertanding bagi mengisi dua kerusi di UMS Kampus Antarabangsa Labuan.

Bagi satu kerusi di UMS Kampus Sandakan, pelajar Fakulti Pertanian Lestari, Yaslan Yadoh diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Untuk kerusi Fakulti, seramai 31 telah disahkan layak untuk bertanding bagi 22 kerusi yang diperuntukkan.

Daripada jumlah tersebut, sembilan calon diisytiharkan menang tanpa bertanding di fakulti masing-masing, melibatkan dua kerusi Pusat Pengajian Pascasiswazah, dua kerusi Fakulti Kejuruteraan, dua kerusi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dua kerusi Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, dan satu kerusi Fakulti Komputeran dan Informatik (Kampus Kota Kinabalu).

Sesi kempen pilihan raya untuk para calon yang bertanding juga memperuntukkan slot pidato rapat umum bagi setiap calon mengikut jadual yang ditetapkan melalui platform laman Facebook rasmi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin memaklumkan, selain dijalankan secara atas talian, PRK pada kali ini juga buat julung kalinya dikendalikan sendiri oleh siswa-siswi sebagai satu usaha UMS dalam memperkasakan para pelajar UMS.

Menurut beliau, Pilihan Raya Kampus sememangnya proses yang penting dalam memilih barisan Pimpinan Perwakilan Pelajar Baharu UMS, dan para pelajar berperanan dan bertanggungjawab dalam pemilihan itu sendiri.

“PRK ini dapat mewujudkan semangat demokrasi pelajar bagi memilih pemimpin pelajar yang berwibawa dan mampu membawa perubahan kepimpinan pelajar ke arah jati diri yang tinggi dengan kepimpinan.

“PRK merupakan suatu proses yang penting dan perlu dilaksanakan di setiap IPT kerana PRK adalah platform dalam meneruskan nadi kepimpinan dalam kampus,” katanya ketika berucap pada sesi pengumuman calon PRK UMS di Galeri Majlis.

Ujar Taufiq, walaupun keutamaan siswa-siswi adalah kepada kemajuan akademik masing-masing, namun mereka juga digalakkan bergiat aktif dalam bidang kepimpinan sebelum menceburi dunia luar yang lebih mencabar kelak. Pembentukan Kabinet MPP Sesi 2020/2021 dijangka akan dimuktamadkan pada 20 Disember ini.

   
Email Print